Sunday 20 February 2011

Semut dan Sebiji Gandum

Pada suatu hari Nabi Sulaiman a.s bertanya kepada seekor semut, "Wahai semut, banyak mana rezeki yang engkau peroleh daripada Allah dalam tempoh setahun?" Lantas semut pun memberitahu bahawa rezeki yang diterimanya  hanya sebesar biji gandum. Mendengarkan jawapan itu, Nabi Sulaiman a.s pun memelihara semut itu di dalam sebuah botol. Ia dibekalkan dengan sebiji gandum.

Selepas setahun, baginda dapati hanya sebahagian daripada biji gandum itu yang luak. "Mengapa tidak dihabiskan gandum itu?" tanya Nabi Sulaiman a.s hairan. Semut pun berkata, "Dahulu aku bertawakal dan pasrah kepada Allah. Aku yakin Dia tidak akan lupakan aku. Ketika aku pasrah kepada kau, aku tidak yakin sama ada kau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga kau memberikan aku sebiji gandum lagi. Sebab itu aku perlu meninggalkan sebahagian daripadanya untuk bekalan pada tahun berikutnya."

No comments:

Post a Comment

Followers