Thursday 31 March 2011

SENYUMANMU ADALAH SEDEKAH

(تبسمك فى وجه أخيك لك صدقة ( رواه البخارى
Maksudnya : “ Kamu senyum kepada saudara kamu adalah sedekah “
( Riwayat Bukhari )


ULASAN HADIS :

1.        Di dalam hadis ini mengajarkan kepada kita supaya berakhlak mulia dan beradab sesama manusia. Berakhlak mulia adalah sifat yang amat perlu dihiasi oleh setiap ummat Islam dari sekecil-kecil perkara hingga perkara yang besar. Namun malangnya ramai dikalangan kita lebih-lebih lagi orang Islam hilang akhlak, malahan orang yang bukan Islam lebih menjuarai adab yang baik sesama manusia sehingga timbul rasa kasih sayang.


2.        Sifat yang diajarkan oleh Nabi SAW di dalam hadis ini ialah senyum. Senyuman merupakan sedekah. Sifat ini bukanlah sesuatu yang sukar untuk dicernakan dalam diri kita, namun ianya suatu sikap yang perlu diusahakan. Sikap ini hendaklah selalu dilatih. Latih dari hati untuk merasa senang dan kasih terhadap sesama kita hingga ianya akan lahir perasaan itu diwajah sekalipun kita dalam keadaan yang bermasalah. Masalah yang dihadapi bukan punca kita tidak boleh senyum kerana itu hanyalah mainan perasaan, akan tetapi senyuman adalah suatu sikap, bila ianya sudah menjadi sikap rutin, maka senyuman akan bertebaran walau hati dirundung keresahan.


3.        Senyuman bukan hanya pada mereka yang kita kenal atau pada mereka yang dipilih, bahkan senyuman adalah milik semua. Lebih-lebih lagi terhadap tetamu kita dan orang yang berurusan dengan kita. Dengan senyuman ianya boleh meramaikan sahabat dan mengurangkan permusuhan serta jurangnya. Malah boleh menyuburkan suasana harmoni, kasih sayang, serta penawar yang mujarab dalam menyelesaikan masalah hubungan sesama manusia. Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan di ajarkan kepada kita.


4.        Tetapi, senyuman juga harus diperhatikan, jangan senyum bukan pada tempatnya serta dengan tujuan dan niat maksiat seperti senyum antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram hingga lahir perasaan yang salah. Justeru pandailah memilih yang mana baik dan buruk untuk diamalkan. Jangan sampai senyuman sedekah menjadi bala dan maksiat. Ini hanyalah sia-sia.


5.        Senyumlah dan jadikan senyuman itu sikap kita, insyaALLAH dapat pahala sedekah, amal soleh, menghidupkan sunnah, melahirkan kemesraan dan inilah yang dikatakan ISLAM AGAMA MAHABBAH (kasih sayang ). WALLAHU’ALAM.

SOMBONG SIFAT IBLIS

Firman ALLAH SWT bermaksud : “ dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)? “.
( Surah Al Isra’ : 61)

ULASAN AYAT :
1.        Melalui firman ALLAH SWT ini jelas menceritakan kepada kita tentang keangkuhan Iblis merasa dirinya lebih mulia dan lebih bagus daripada Nabi Adam A.S kerana dia dijadikan daripada api, sedangkan Nabi Adam A.S dijadikan daripada tanah. Iblis beranggapan bahawa tidak wajar dia menghormati Nabi Adam A.S.


2.        Ini adalah sifat takabbur ( sombong ) merasa lebih baik daripada orang lain. Akhirnya Iblis dan kuncu-kuncunya dilaknat oleh ALLAH SWT sebagai makhluk yang diusir lagi hina, tidak akan mati sehinggalah kiamat. Mereka akan dicampakkan ke dalam api neraka kekal selamanya. Inilah akibat dari sifat sombong.


3.        Sejarah telah melakarkan akibat daripada sifat sombong sejak diciptakan Nabi Adam A.S, malahan setelah itu terdapat banyak kisah dan iktibar yang tercatat di dalam sejarah mengenai orang-orang yang takabbur. Lantaran sifat ini, telah menjadikan diri mereka terpesong dari jalan yang sebenar, dengan sebab dunia yang ada pada diri mereka, seperti memiliki kekuasaan, kekayaan, kepandaian dan keistimewaan yang pelbagai hingga akhirnya lupa diri bahawa dia adalah hamba dan ALLAH itu adalah TUHAN.


4.        Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berjaga-jaga serta bermuhasabah selalu, takut-takut dihati kita ada sifat sombong, merasa lebih baik, lebih elok, lebih cantik, lebih pandai, lebih bagus, lebih wara’, lebih alim, atau lebih segalanya. Sedangkan apa yang ada itu semua bukan milik kita hanyalah pinjaman semata-mata, bahkan yang lebih itu bukan hanya ada pada diri kita, ada yang lebih baik malah jauh lebih hebat lagi berbanding diri kita yang merasa bahawa kita lebih dari orang lain. Maka inilah sifat sombong yang ada pada Iblis. Moga kita terhindar dan tidak menjadi pengikut sifat Iblis yang dilaknati, NAUZUBILLAH. Jangan menyombong diri kelak diri disorong ke lombong neraka yang ngeri. WALLAHU’ALAM

Monday 21 March 2011

KEJAYAAN SEBENAR

Firman ALLAH SWT bermaksud ; “ Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar. “ ( Surah Al Buruj ; 11 )

ULASAN AYAT:


1.        Orang-orang sebelum kita telah ramai yang berjaya. Berjaya dalam erti kata yang sebenarnya. Iaitu mereka berjaya menggapai redha ALLAH SWT dan mendapat pula Syurga ALLAH SWT.

2.        Berjaya yang diraih oleh orang terdahulu bukan seperti yang kita raih pada hari ini, berdasarkan kepada pangkat, jawatan dan kekayaan atau nama semata-mata. Namun jika kejayaan itu dihiasi dan diraih dengan disertai rasa ketaqwaan barulah ia dikira berjaya. Andai berjaya sekadar mendapat keredhaan manusia atau kesukaan dunia, maka dia belum dikira berjaya sepertimana orang terdahulu yang beriman.

3.        Kehidupan mereka yang benar-benar berjaya di sisi ALLAH sangat penuh dengan corak keimanan. Iman menjadi asas penting dalam kehidupan mereka, sehingga mereka bersungguh-sungguh dalam beramal demi mencapai janji-janji ALLAH. ALLAH SWT tidak pernah mengecewakan mereka. 

4.        Terdapat banyak ayat-ayat ALLAH yang menceritakan tentang orang-orang beriman, mereka yang taat kepada ALLAH dan melaksanakan amal soleh. Kehidupan mereka berlandaskan perintah ALLAH SWT dan sunnah Rasulullah SAW.

5.        Walaupun hakikatnya mereka yang mengaku beriman dan benar-benar mencari redha ALLAH, mereka terpaksa melalui ujian yang sangat berat lagi hebat, namun mereka tetap tabah. Ini adalah kerana keyakinan mereka kepada ALLAH SWT dibalas dengan sebaik-baik balasan.

6.        Begitulah antara sifat orang yang berjaya dengan sebenarnya. Sama-sama kita raih. insyaALLAH . WALLAHU’ALAM

 

UJIAN ‘CINTA’ TERHADAP KITA

Firman ALLAH SWT bermaksud : “ sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada ALLAH” .
( Surah Al Baqarah : 165 )

ULASAN AYAT:
1) Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, keruh menjadi jernih, sakit menjadi sembuh, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.


2) Namun hati-hati juga dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang yang sihat menjadi sakit, orang yang gemuk menjadi kurus, orang yang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Cinta yang tidak dilandasi kepada ALLAH. Itulah para pecinta dunia, harta dan wanita. Dia lupa akan cinta ALLAH, cinta yang begitu agung lagi murni.

3) Cinta ALLAH cinta yang tidak bertepi. Jikalau sudah mendapatkan cintaNYA, dan manisnya bercinta dengan ALLAH, tidak ada lagi keluhan, tidak ada lagi tubuh lesu, tidak ada tatapan kuyu. Yang ada adalah tatapan optimis menghadapi segala cubaan, dan rintangan dalam hidup ini. Tubuh yang kuat dalam beribadah dan melangkah menggapai cita-cita tertinggi yakni syahid di jalanNYA jua.

4) Tidak jarang orang mengaku mencintai ALLAH, dan sering orang mengatakan mencintai Rasulullah SAW, tetapi bagaimana mungkin semua itu diterima ALLAH tanpa ada bukti yang diberikan, sebagaimana seorang lelaki yang mengembara, menyebarangi lautan yang luas, dan mendaki puncak gunung yang tinggi demi mendapatkan cinta seorang wanita. Bagaimana mungkin menggapai cinta ALLAH, tetapi dalam fikirannya selalu dibayang-bayangi oleh wanita atau lelaki yang dicintai. Tidak mungkin dalam satu hati dipenuhi oleh dua cinta. Salah satunya pasti menolak, kecuali cinta yang dilandasi oleh cinta padaNYA. Umpama cinta anak pada ibu bapanya, suami pada isterinya dan sebaliknya.

5) Di saat ALLAH menguji cintanya, dengan memisahkanya dari apa yang membuat dia lalai dalam mengingati ALLAH, orang sering tidak mampu menerimanya. Di saat ALLAH memisahkan seorang isteri dari suaminya, maka isteri atau suami itu akan lemah. Di saat seorang suami yang isterinya dipanggil menghadap Ilahi, suami hilang ghairah dalam hidup. Di saat harta yang dimiliki hangus terbakar, ramai orang yang hijrah ke rumah sakit jiwa, semua ini adalah bentuk ujian dari ALLAH, kerana ALLAH ingin melihat seberapa dalam cinta hamba-hambaNYA kepada DIA penakluk jiwa, ALLAHU RABBI. ALLAH menginginkan bukti, namun hamba tidak berdaya membuktikannya, justeru sering berguguran cintanya kepada ALLAH, disaat ALLAH menarik sedikit nikmat yang dicurahkanNYA.

6) Itu semua adalah bentuk cinta palsu. Semuanya sudah diatur oleh ALLAH, rezeki, maut, jodoh, dan langkah kita, itu semuanya suratan dari ALLAH, yang perlu kita sedari. Amat rugi manusia yang hanya dipenatkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan enggan menolong orang yang susah dan sebagainya. Bersungguh-sungguhlah mencintai ALLAH. Jika cinta kepada selain ALLAH, melebihi cinta pada ALLAH, merupakan salah satu penyebab doa kita tidak dimakbulkan.

7) Bagaimana mungkin ALLAH mengabulkan permintaan seorang hamba yang merintih menadah tangan kepada ALLAH di malam hari, namun ketika siang muncul, dia pun melakukan maksiat, dengan terlupa kepada DIA yang sepatutnya diutamakan dari segalanya. Bagaimana mungkin doa seorang hamba yang ingin mendapatkan rezeki yang halal dan melimpah boleh termakbul, sedang dirinya sendiri belum berhenti daripada berbuat maksiat. Bagaimana mungkin doa seorang hamba yang mendambakan rumah tangga bahagia, sedang dirinya masih diliputi oleh keegoan atau diam sebagai pemimpin rumah tangga. Bagaimana mungkin seorang ibu mendambakan anak-anak yang soleh, sementara dirinya disibukkan bekerja di luar rumah sehingga pendidikan anak terabaikan, dan kasih sayang tidak dicurahkan. Bagaimana mungkin keinginan akan berjayanya dia dalam pekerjaan dapat terwujud, sedangkan pekerjaan yang dilaksanakan tidak benar-benar baik dan ikhlas.

8) Banyak orang mengaku cinta kepada ALLAH dan ALLAH hendak menguji cintanya itu. Namun sering orang gagal membuktikan cintanya pada KHALIQ, kerana disebabkan sedikit musibah yang ditimpakan padanya. Yakinlah bahawa kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta ALLAH kepada hambanya yang beriman.

9) Dengan kesusahan, ALLAH hendak memberikan didikan terhadap ruh kita, agar kita sedar bahawa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak mampu berbuat apa-apa kecuali atas izin-NYA. Saat ini kita buktikan, dan berjuang untuk memperlihatkan cinta kita kepada ALLAH, agar kita terhindar dari cinta palsu.

10) Dan ALLAH tidak akan mensia-siakan hamba-hambaNYA yang betul-betul berkorban demi ALLAH  semata.
WALLAHU’ALAM

Wednesday 16 March 2011

RASA INGIN DINASIHATI

Maksudnya : Barangsiapa yang menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa-dosa orang mengikuti ajakan dan seruannya sehinggalah hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit. 

(Riwayat Muslim dan Ibnu Majah)


ULASAN HADIS :


1.        Hadis di atas memberikan peringatan kepada kita bahawa jika kita mengajak orang lain melakukan perkara dosa, kita tetap akan menanggung dosa tersebut walau pun kita tidak melakukannya. 


2.        Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan terlepas daripada melihat situasi keengganan sesetengah individu mematuhi perintah Allah SWT.Paling menyedihkan, ada yang mengajak individu lain untuk bersama-sama dengannya. 

3.        Tatkala itu, jika di peringkat individu, ahli keluarga yang lain wajib menegur. Manakala di peringkat organisasi, sebagaimana diajar oleh nabi, wajib pula ahli kepimpinan yang lain atau warga kerja organisasi tersebut untuk menegur. Jika teguran tidak dilakukan, dosa terbabit dikongsi bersama oleh pimpinan lain dan penyokong. 


4.        Apalah salahnya jika kita menukar sikap kita daripada membantah penguatkuasaan perkara kebaikan kepada menyokong dan membantu merealisasikan perkara tersebut.Jangan menyalahkan orang yang menegur jika teguran tersebut ada kebenarannya, tapi salahkan diri kita jika kita susah untuk menerima teguran dan nasihat daripada orang lain. 


5.        Jika kita tergolong dalam golongan yang dinyatakan dalam hadis di atas, cukuplah, hentikan perbuatan tersebut. Berazamlah untuk merubah diri dan pastikan kita tergolong dalam golongan yang dinyatakan dalam sebuah hadis lain Riwayat Muslim yang bermaksud ” Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu perkara yang baik di dalam Islam, Dan ianya diamalkan oleh orang sesudahnya, maka ganjarannya sama seperti ganjaran yang diperolehi oleh orang yang mengamalkannya dengan tidak mengurangkan sedikitpun daripadanya”.WALLAHU’ALAM


CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG ADIL

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah RA berkata, telah bersabda Rasulullah SAW :” 7 golongan yang akan dinaungi oleh ALLAH SWT pada hari tiada naungan melainkan di bawah naunganNYA, Iman yang adil, pemuda yang hidupnya di dalam ibadah…”
(Riwayat Imam Bukhari)

Huraian Hadis :


Hadis Riwayat Bukhari ini telah menerangkan bahawa seorang Pemimpin yang adil dalam turutan pertama dari tujuh kelompok manusia utama yang akan mendapat naungan ALLAH SWT di akhirat nanti.membuktikan bahawa peranan sebagai pemimpin yang bersikap adil sangat dititikberatkan. Ini adalah punca utama untuk mewujudkan suasana yang harmoni di dalam sesuatu tampok kepimpinan. 

Pemimpin mestilah memiliki akhlak dan ciri-ciri seperti berikut:

1.        Dia mestilah seorang yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan dan menjadikan Ulama sebagai tempat meminta pandangan, dan juga mengharapkan keredhaan ALLAH dengan ikhlas kerana ALLAH semata-mata. Mempunyai hati yang bersih, jauh daripada penyakit jiwa yang merosakkan amal dan usahanya.

2.        Memiliki akal yang kuat, berhikmah, cendekiawan, bijaksana, berpengalaman,   berpandangan tajam, ilmu yang luas, mampu mengetahui pelbagai perkara dari segenap sudut, cepat memahaminya dan cepat menggunakannya sebaik mungkin. 

3.        Berakhlak dengan sifat al-hilm (lembut). Berdasarkan kepada dalil Al-Quran;

Firman ALLAH SWT :  Maksudnya :

 “Dan orang-orang yang menehan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. ALLAH menyukai   orang-orang yang berbuet kebajikan” (Surah Al-Imran ayat 134)

4.        Berani, bermaruah.  keberanian yang harus dimiliki ialah ketetapan dan ketahanan hati, taat kepada ALLAH, tidak ada wahn (cintakan dunia dan takut mati), berani berterus terang dalam menyatakan yang haq, pandai menyimpan rahsia, sanggup mengakui kesilapan, insaf terhadap diri dan mampu mengawal kemarahan 

Firman ALLAH SWT : Maksudnya :


“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa ALLAH mengampunimu? Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
(Surah An-Nur ayat 22)

5.        Bersikap as-siddiq ( benar ) dalam perkataan dan perbuatan.  Tawadhu, tidak membanggakan diri kepada manusia. Hatinya tunduk dan patuh pada 
       al-haq.( ALLAH )

6.        Memaafkan dan ihsan terhadap perbuatan keji orang lain terhadap kita. Para pemimpin biasanya terdedah kepada pelbagai kecaman dengan beraneka ragam manusia. Selalunya gangguan dan serangan ditujukan kepada orang yang dipimpin melalui diri pemimpin. Jadi, wajiblah pemimpin menghiasi dirinya dengan sifat pemaaf, menahan kemarahan dan ihsan asalkan tidak membawa kepada kerendahan, kehinaan ataupun kerosakan yang menimpa maslahat syariat.

7.        Menepati janji dan memenuhi sumpah setia. Akhlak ini melahirkan thiqqah ( percaya ) dalam suasana amal, ketenteraman, tolong-menolong dan membawa hasil. 

8.        Sabar, kerana pemimpin pastinya akan berhadapan dengan kesukaran, dipenuhi dengan perkara yang berlawanan dengan kehendak hawa nafsu, penuh dengan onak, racun, rintangan, bencana dan ujian.

9.        Bersifat dengan al-iffah (suci hati jiwa dan amal) dan al-karam (pemurah dan tidak bakhil). Dengan sifat ini pemimpin tidak berminat dengan harta benda yang melemahkan kemahuan dan tidak sesuai dengan usaha serta jihad besar dalam menentang musuh-musuh ALLAH. Pemimpin mestilah menjadi qudwah 
       ( contoh ) melalui sifat pemurah dan mengutamakan kepentingan orang lain daripada kepentingan sendiri.

10.        Adil dan insaf (terutama terhadap diri sendiri). Sifat ini amat penting kepada pemimpin dan mad’u dalam amal jamaie kerana setiap individu akan merasa tenteram terhadap haknya dan menginsafinya.Ini telah disebutkan Hadis diatas tentang adil.

11.        Bersifat wara’ dan zuhud. Ini dapat menjauhi syubhat, meninggalkan perkara yang mengandungi dosa kerana takut terjebak ke dalamnya. Dia sentiasa bermuhasabah dalam segala hal dan setiap waktu.

12.        Tidak mengungkit dan memperkatakan kebaikan diri sendiri. Jangan mengharapkan pujian dan sanjungan manusia dan tidak memuji diri sendiri atas segala usaha yang dilaksanakan dalam berdakwah.

13.        Memelihara perkara yang dimuliakan oleh ALLAH (Hurumatillah). Setiap masa dalam jamaah mesti menjadi pengawal dan penjaga yang sentiasa sedar, berwaspada dan dipercayai dalam memelihara segala kemuliaan ALLAH pada segenap ajaran Islam supaya tidak timbul pencabulan hak atau perbuatan melampaui batas. 

14.        Kesejahteraan hati, tidak menghiraukan umpatan dan mengadu domba di antara manusia. Perkara ini jika dilayan akan memberi ruang yang luas untuk dimasuki syaitan, memarakkan kebencian dan permusuhan hingga akhirnya melahirkan perpecahan dalam jamaah.

15.        Keazaman yang kuat dan tawakkal yang tinggi kepada ALLAH. Pemimpin terdedah kepada pelbagai biah (suasana ), peristiwa dan bebanan yang mempunyai keputusan yang penting dan besar. Pemimpin dituntut menghadapi semuanya dengan azam, kekuatan, hikmah, tanpa kelemahan, keraguan dan menyerah kalah. Sentiasa berbaik sangka dengan ALLAH kerana DIAlah yang Maha Berkuasa di atas setiap perkara. WALLAHUA’LAM

ALLAH TIDAK SUKA ORANG SOMBONG

Firman ALLAH bermaksud : “ Sesungguhnya Dia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur. “ 
( Surah An Nahl :23 )



ULASAN AYAT :

1.        Takabbur ialah sombong, bongkak atau merasa dirinya lebih tinggi dan hebat daripada orang lain, baik dari segi kedudukan, keturunan, kesempurnaan rupa bentuk, kepandaian, kemahiran atau sebagainya.

2.        Sifat sombong ialah sifat yang tercela lagi dibenci oleh ALLAH, orang yang memiliki sifat dan sikap meninggi diri sentiasa memandang orang lain dengan pandangan yang rendah. Orang yang merendahkan kedudukan orang lain sebenarnya dia adalah orang yang direndahkan oleh ALLAH SWT.

3.        Sifat sombong menjadi tabir dan penghalang bagi seseorang itu mendapatkan syurga ALLAH, sombong merupakan batas pemisah antara seorang dengan akhlak dan budi pekerti yang baik. Akhlak yang mulia membuka pintu-pintu syurga sedangkan sombong menyebabkan pintu-pintu syurga tertutup.

4.        Selain itu, seseorang yang mempunyai sifat sombong pasti tidak mempunyai perasaan cinta sesama saudaranya yang mukmin sebagaimana cintanya kepada diri sendiri. Lawan daripada sifat sombong ialah tawaduk, tawaduk (merendah diri ) adalah asas dari segala akhlak orang-orang yang bertaqwa kepada ALLAH.

5.        Pada hari ini, ramai manusia yang terkena penyakit sombong lebih-lebih lagi apabila dia memiliki pangkat, darjat, memiliki harta, kekuasaan, kebijaksanaan walaupun sedikit. Sedikit yang dimiliki, atau lebih sedikit daripada orang yang direndahkannya akan membawa seseorang itu sukar memasuki syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud : ” Tidak dapat masuk syurga seseorang yang dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari sifat takabbur .” ( Riwayat Muslim )

6.        Kita hendaklah sentiasa sedar bahawa semua yang ada di dunia ini adalah makhluk ALLAH. DIA memandang hamba-hambaNYA dengan pandangan kasih dan sayang sekalipun hamba-hambaNYA sering bermaksiat, sedangkan kehinaan dan kelemahan itu sifat hamba. Inikan pula kita sebagai hamba, sanggup melihat saudaranya dengan pandangan yang hina, walhal kita juga adalah hamba yang hina.

7.         ALLAH yang terlebih berhak memiliki sifat ini, jika kita bersikap sombong beerti kita melawan dan merampas sifat yang dimilikiNYA.

8.        Oleh itu, bermula daripada hari ini, kita letakkan azam dan usaha untuk mengikis sifat sombong andai ianya bertahta di hati kita. Hanya kita sahaja yang mengenali diri kita sendiri, apa yang ada di dalam hati hendaklah segera dirawat, kerana ianya lebih parah dan cepat merebak hingga mematikan hati kita, sebelum kita menemui kematiaan yang sebenarnya . NAUZUBILLAH. WALLAHU’ALAM

Sumber : Mutiara Iman

Monday 14 March 2011

SIAPAKAH ORANG YANG KUAT?

“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh ALLAH daripada mukmin yang lemah. Namun, keduanya tetap memiliki kebaikan. Bersemangatlah atas hal-hal yang bermanfaat bagimu. Minta tolonglah pada ALLAH, jangan engkau lemah. ( Riwayat Muslim )
Huraian Hadis :

1. Mukmin yang kuat di sini bukanlah yang dimaksudkan adalah mukmin yang sekadar sihat badannya atau kuat semata-mata.

2. Yang dimaksud dengan mukmin yang kuat di sini adalah mukmin yang kuat imannya. Bukan yang dimaksudkan dengan kuat di sini adalah mukmin yang kuat badannya. Kerana kuatnya badan biasanya akan menimbulkan bahaya jika kekuatan tersebut digunakan dalam hal maksiat.

3. Namun pada asalnya, kuat badan tidak semestinya terpuji dan juga tidak semestinya tercela. Jika kekuatan tersebut digunakan untuk hal yang bermanfaat untuk urusan dunia dan akhirat, maka pada saat ini dikira terpuji. Namun jika sebaliknya, digunakan dalam perbuatan maksiat kepada ALLAH, maka pada saat inilah dikira tercela. Yang dimaksud dengan kuatnya iman di sini adalah seseorang mampu melaksanakan kewajiban dan dia menyempurnakannya pula dengan amalan sunnah. Sedangkan seorang mukmin yang lemah imannya  kadangkala tidak melaksanakan kewajiban dan enggan meninggalkan yang haram. Orang seperti inilah yang memiliki kekurangan.

4. Manakala orang yang bersemangat ialah orang yang akan semangat melakukan hal yang bermanfaat. Namun kebanyakan orang saat ini menyia-nyiakan waktunya untuk hal yang tidak bermanfaat. Bahkan kadangkala yang dilakukan adalah hal yang membahayakan diri dan agamanya.. Mukmin yang berakal dan mantap hatinya tentu akan melaksanakan wasiat Nabi SAW  ini, juga akan semangat melakukan hal yang bermanfaat bagi agama dan dunianya.

5. Hal yang manfaat dalam agama kembali pada dua perkara iaitu ilmu nafi’ (yang bermanfaat) dan amalan soleh. Yang dimaksud dengan ilmu nafi’ adalah ilmu yang dapat melembutkan dan menentramkan hati, yang nantinya akan membuahkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

6. Adapun yang dimaksud amalan soleh adalah amalan yang selalu dilandasi dengan ikhlas dan menepati tuntunan Nabi SAW. Adapun hal yang manfaat dalam masalah dunia adalah seorang hamba berusaha untuk mencari rezeki halal dengan berbagai sebab yang diperbolehkan sesuai dengan kemampuannya.

7. Oleh itu, marilah sama-sama kita memohon daripada ALLAH agar dikurniakan kekuatan iman serta semangat dalam melakukan hal yang bermanfaat kerana ianya adalah perkara yang tidak dapat tidak mesti ada dalam diri kita. Mintalah pertolongan ALLAH agar kita terhindar daripada sifat lemah. Apabila lemah ianya punca kepada lunturnya iman dan semangat kita dalam melakukan ketaatan kepada ALLAH. WALLAHU’ALAM


Friday 11 March 2011

BEKERJALAH KERANA ALLAH

Firman ALLAH SWT bermaksud : “ Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki? “ .(Surah An Naba’ : 11)


Huraian Ayat :



1.        Dalam persoalan keutamaan bekerja dan anjuran untuk bekerja yang terdapat di dalam Al Quran. Kehidupan di siang hari ini adalah hari yang diperuntukkan bagi ummat untuk mencari rezeki dan ianya adalah sebagai suatu nikmat yang wajib di syukuri.

2.        Pada suatu ketika Rasulullah SAW sedang duduk dengan para sahabat, tiba-tiba kelihatan ada seorang yang masih muda, masih kuat dan perkasa tubuhnya. Ia bekerja penuh semangat. Para sahabat berkata : “ Kasihan sekali orang ini, andaikata muda serta kekuatan itu dipergunakan untuk fisabilillah, alangkah baiknya. “ Mendengar ucapan salah seorang sahabat ini, Baginda SAW bersabda : “ Janganlah kamu berkata sedemikian itu, sebab orang itu ia keluar dari rumah untuk bekerja mencari sara hidup untuk anaknya yang masih kecil, maka ia telah berusaha di jalan ALLAH. Jikalau ia bekerja itu untuk dirinya sendiri agar tidak meminta-minta daripada orang lain, itupun berjuang sabilillah. Tetapi apabila ia bekerja kerana menunjuk-nunjuk apa-apa yang dimilliki atau untuk bermegah-megah, maka itulah berjuang di jalan syaitan atau kerana mengikuti jalan syaitan. “ ( Riwayat Thabrani )


3.        Para sahabat Rasulullah SAW bekerja untuk kehidupan yang diredhai mengikut sepertimana saranan Rasulullah SAW. Malah mereka berdagang dengan menempuh pelbagai kesusahan, menempuh daratan, lautan ada juga yang berkebun dan hendaklah kita menjadikan contoh dan teladan. Usaha mereka dalam bekerja bukan kerana mahukan kemegahan, seperti kita hari ini, ada yang bekerja mahukan kemegahan, keseronokkan yang berlebihan, sekalipun ianya bekerja kerana keperluan, ramai yang terlupa bila sudah terlalai dengan tujuan utama mereka bekerja. 


4.        Oleh kerana itu, kita sering terdengar, adanya penindasan, perpecahan dan pertelingkahan dikalangan mereka yang bekerja kerana wujudnya rasa ‘ bekerja tetapi lupa pada ibadah bekerja kerana ALLAH ‘.


5.    Bekerja adalah untuk menampung keperluan kehidupan, kerana mencari keredhaan ALLAH dan menggunakan nikmat ALLAH SWT. Kita hendaklah bekerja bagi kemaslahatan diri kita dan keluarga. Namun, kita hendaklah memastikan segala gerak kerja dan hasil yang bakal kita perolehi adalah dari pekerjaan yang halal, termasuklah cara bekerja, bermuamalah ketika bekerja, pengurusan secara adil, jujur dan benar, bekerja dengan penuh ikhlas kerana ALLAH SWT.  WALLAHU’ALAM


Sumber : Mutiara Iman

Wednesday 9 March 2011

INGATAN BUAT SUAMI & ISTERI

Firman ALLAH SWT bermaksud : “ dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.( Surah An Nisa’ : 19 )


Huraian Ayat :

1.        Kehidupan suami isteri adalah berlandaskan ihsan, muafakat atau syura (perbincangan). Sepertimana yang disebutkan di dalam ayat Al Quran diatas.

2.        Hubungan kekeluargaan berlangsung, bermula daripada perhubungan suami isteri di dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing menurut perintah ALLAH SWT. Dalam kekeluargaan, asas kebahagiaan adalah bermula daripada suami isteri yang taat kepada ALLAH dan RASUL seterusnya ketaatan isteri kepada suami yang merupakan nakhoda keluarga.

3.        Ramai yang menganggap bahawa hubungan diantara suami isteri hanya sekadar temetrainya akad nikah, walhal selepas daripada itu tanggungjawab dan amanah yang dipikul terlalu berat.

4.        Keluarga yang diredhai ialah keluarga yang mengamalkan system Islam dalam semua sudut. Didikan Islam yang benar dan jelas harus menjadi pakaian dalam institusi keluarga terutama suami dan isteri agar ianya akan melahirkan zuriah yang berkah.

5.        Suami hendaklah menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh keimanan dan keinsafan bukan sekadar melepaskan batuk ditangga, ramai para suami hari ini yang lalai dalam melaksanakan tugasnya, sekalipun mereka dikalangan yang mengetahui tentang urusan agama. Perkara utama yang wajib dititik beratkan ialah perlaksanaannya dalam mengemudi rumahtangga selaras dengan yang diajarkan oleh Nabi SAW. Antara perkara yang perlu dijaga ialah seperti tidak membiarkan isteri membuka aurat, melakukan perkara yang mendedahkan dirinya kepada fitnah, menampilkan akhlak yang buruk dihadapan orang samada zahir mahupun batin, dari segi pertuturan, tulisan mahupun perbuatan. Di samping itu, suami juga hendaklah bersikap jujur dan amanah serta menjaga maruah diri dengan tidak melakukan perkara maksiat. Namun ini hanya segelintir yang mampu menjaganya, yang selamat hanyalah mereka yang benar-benar beriman dan beramal soleh.

6.        Manakala isteri pula tetaplah beramanah dalam menjadikan diri sebagai isteri yang taat lagi berakhlak Islam terhadap suami dan keluarganya. Lebih-lebih lagi isteri yang bekerjaya, dia wajib menjaga maruah dan dirinya agar tidak melakukan perkara keji dan mungkar dalam perkara agama, seperti menjaga aurat, pergaulan dan akhlaknya terhadap semua. Namun apa yang berlaku dewasa ini, para isteri hanya bergelar isteri di hadapan suami namun di luar hilang diri sebagai status isteri.

7.        Kebahgiaan hakiki dalam kekeluargaan akan tercetus apabila suami dan isteri mampu mendidik diri mereka dikalangan dengan bertaqwa. Orang yang bertaqwa ialah mereka yang takut akan ALLAH SWT ( melakukan sega yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang ). Sesungguhnya ALLAH SWT telah mengutuskan NABI SAW agar dijadikan contoh kepada seluruh ummatNya. Andai Baginda SAW berada di sisi kita PASTI Baginda SAW akan menangis dan terluka melihat kelalaian kita dalam mengamalkan apa yang diperintahkanNya. Tidakkah kita merasa kasih dan cinta pada Baginda SAW, akan tetapi kita menderhakai Baginda SAW dengan sikap kita…sama-samalah kita semai dan didik hati dan jiwa kita agar sentiasa sedar diri bahawa segala yang kita lakukan akan dipersoalkan oleh ALLAH SWT. Adakah kita mampu menjawab semua persoalan apabila kita di hadapan ALLAH sedang kita lalai dengan tanggungjawab kita selaku hambaNya. WALLAHU’ALAM.
Mutiara Iman

SUBURKAN UKHUWWAH DENGAN AKHLAK MULIA

Firman ALLAH SWT bermaksud : “ Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).  (Surah Al Hujurat ; 13)


Huraian Ayat :


1.        ALLAH SWT menganjurkan umat manusia untuk hidup sebagai satu rumpun yang damai dan harmoni.


2.        Inilah objektif kejadian manusia. ALLAH SWT menjadikan manusia dengan tujuan untuk hidup bersama dengan perasaan hormat menghormati antara satu sama lain. Hidup bukan untuk bermegah-megah atau untuk mencari kesalahan dan kekurangan  orang lain.


3.        Dalam menentukan kesinambungan hidup manusia perlu kepada akhlak sebagai pengukur terhadap apa yang dilakukan seharian. Peranan akhlak cukup besar dalam kehidupan umat Islam. Sifat-sifat tercela pastinya tidak akan subur jika seseorang itu diawasi dengan akhlak yang mulia atau dipanggil sifat mahmudah (sifat terpuji). Antara sifat mahmudah ialah bermaaf-maafan, tolong menolong, bertimbangrasa dan sebagainya. 

4.        Selain daripada kita dapat hidup dengan tenteram dengan sifat mahmudah tersebut, kita juga akan mendapat balasan pahala yang berganda-ganda dari ALLAH. Banyak hadis Rasulullah yang menggambarkan perkara ini, antaranya yang bermaksud: “Sesungguhnya sebaik-baik kamu adalah yang terbaik akhlaknya” ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


5.        Satu lagi konsep yang penting mesti dihidupkan dalam masyarakat kita hari ini ialah, konsep mempermudahkan dan jangan menyusahkan. Jika konsep ini dihidupkan pastinya kemesraan akan terjalin sesama kita.


6.        Kesimpulannya, marilah kita sama-sama berlapang dada dan bertolak ansur di kalangan sahabat-handai kita agar konsep ‘ukhuwwah’ yang sering diwar-warkan oleh Islam  dapat dihayati dan diamalkan oleh kita bersama. Tiada kemuliaan melainkan dengan menuruti segala panduan dan tunjuk ajar yang telah ditunjukkan Islam. Semoga usaha ini mendapat keberkataan ALLAH SWT. WALLAHU’ALAM


Sumber : Mutiara Iman

Tuesday 8 March 2011

'10 AMALAN YANG TERBALIK'

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:- 

1.  Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam? 

2.  Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan. 
  
3..  Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik. 

4.  Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. 

5.  Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak. 

6.  Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita? 

7.  Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.


 
8.  Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa. 


9.  Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas. 

10.  Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. 

Monday 7 March 2011

PEMERGIAN SEORANG KEKASIH

Firman ALLAH SWT bermaksud : “ Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.( Surah Al Maidah : 3)


Daripada Anas Bin Malik meriwayatkan, Ketika Rasulullah SAW berjuang melawan sakaratulmaut, Fatimah berkata : “ Betapa tersiksanya engkau, Wahai Ayahku!” Rasulullah SAW menjawab : “ Setelah hari ini, tidak akan ada lagi rasa sakit yang dideritai oleh Ayahmu. Sungguh, telah datang kepada Ayahmu sesuatu yang tidak dapat dihindari oleh sesiapapun. Demikian yang akan terjadi hingga hari kiamat nanti . “ ( Riwayat Tirmizi )



Huraian :

Diriwayatkan bahawa surah AI-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada’].
Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan.
Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata: "Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."

Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempuma."
Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam.

Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata:
"Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kila dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."

Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat: "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami mendapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar  keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a..

Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di  rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali r.a. berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat."

Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahu-pun yang di laut turut menangis.
Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat tersebut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari.

Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan solat dua raka'at bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan solat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: 


"Alharndulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat."

Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengernukakan hal ini." Lalu 'Ukasyah berkata lagi: "Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut."

Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas kepala dengan berkata: "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."

Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. unluk mengambil tongkat beliau."Kemudian Fatimah r.a. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fatimah. r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?."Bilal r.a. tidak menjawab perlanyaan Falimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w.

Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu."

Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.

Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."

Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata: "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga."Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah mcnuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar mening-galkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-rarnai bershalat ke atasku."

Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: "Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?."Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah para saha-batku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran dari mati."

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.

Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; "Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimarnkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w.  maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah." Sebaik sahaja Bilal r.a. sarnpai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.
Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kcpada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."

Setelah berkala demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."

Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam: "Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?" Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat."

Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa mcnggigil badan saya." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fatimah, tahu-kah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fatimah; "Tidak ayah." Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.
Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap: "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak  izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia."

Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang  menggembirakan aku disisi Allah s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu."

Berkala Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah  berfirman yang ber-maksud: "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku."
Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?"


Anas bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu." Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku, umatku". 


Dan berakhirlah hayat baginda SAW dengan pengakhiran rindu dan sayang Baginda SAW terhadap kita umatNya...setelah itu, Madinah menjadi suram, tangisan para sahabat dan penduduk Madinah semakin menyayat hati, dunia bagai berhenti daripada berputar...hingga kini, kita semua ditinggalkan oleh jasad Baginda SAW namun ingatlah Baginda SAW telah meninggalkan kita Al Quran dan Sunnah menjadi panduan kita...sama-sama kita jadikan sebagai pedoman, moga kita semua dibangkitkan bersama Baginda SAW. WALLAHUA’LAM.

Followers