Tuesday 19 June 2012

ADAB BERSAHABAT



Banyak panduan telah diberikan oleh syarak dalam pemilihan sahabat ini.

Dan janganlah engkau menurut orang yang telah kami lalaikan hatinya daripada mengingati kami, lalu ia mengikutkan hawa nafsunya.  (Surah al-kahfi:28)


Dan ikutlah jalan orang yang suka kembali (bertaubat) kepada-ku. (Surah Luqman: 15)


Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Rasullullah SAW  yang bermaksud:

"Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai teman/rakan."

Ayat-ayat ini menegah kita bersahabat dengan orang yang fasiq yang sentiasa melanggar perintah Allah walaupun adakalanya dia melakukan amal ibadat.

Al-Qamah, seorang ulama masyhur dahulu kala memberi beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sabahat, antaranya:

  • Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan  menghargainya.
  • Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.
  • Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.


Sayidina Ali k.m.h pernah berkata:

"Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa di sisimu (ketika susah & senang)
Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu,
sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu."

Abu Sulaiman al-Darani r.a mengingatkan kita agar melihat dua sifat ini pada seseorang sebelum memilih sebagai rakan:

  1. Orang yang mudah engkau berurusan dalam kehidupan seharian.
  2. Orang yang dapat memberikan faedah dan manfaat dalam segala perkara.
Sememagnya Allah SWT menegaskan betapa pentingnya dijalinkan hubungan persahabatan dengan orang-orang yang beriman, bertakwa dan berakhlak mulia yang dapat bersama-sama menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini, menyuruh manusia kepada perkara-perkara kebaikan dan melarang mereka daripada berbuat kemungkaran.

Inilah yang ditegaskan Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud:

Berpegang teguhlah dengan tali (agama) Allah bersama-sama dan janganlah pula berpecah belah.
(Surah Ali Imran: 103)

Di samping itu, hak seseorang individu dengan sahabat itu meliputi beberapa bidang seperti hak bidang harta, hak memberi bantuan rohani dan jasmani, hak memelihara lisan, hak mendoakan, hak memberi salam, hak menepati janji dan lain-lain.


Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat

No comments:

Post a Comment

Followers