Monday 18 June 2012

MENGENAL MUNAFIK



Makna Munafik

Dari Segi Bahasa
  • Orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar.
Dari Segi Syarak:
  • Seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikannya di dalam hati.
Kebiasaanya orang munafik ini bersifat talam dua muka dengan berpura-pura mengikut segala ajaran Islam dan mengaku mereka ialah seorang islam tetapi di dalam hatinya tidak dapat menerima ajaran suci ini.

Tanda-tanda seseorang itu menjadi Munafik:

1. Iman Tidak Tetap dan Tidak Teguh
  • Orang yang sebegini dapatlah diibaratkan seperti lalang di mana ia terlalu mudah mengikut tiupan angin. Orang yang tidak teguh imannya sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan. Mereka sangat mudah terikut-ikut dan terpengaruh dengan persekitaran.
2. Tindak-tanduk yang Sentiasa Berubah
  • Orang munafik bolehlah diibaratkan sebagai pelakon yang hebat. Ketika dia bersama orang yang sedang beribadat, dia akan turut sama melakukan ibadat tersebut walaupun hatinya terlalu susah untuk menerimanya. Sebaliknya yang terjadi apabila dia tidak dilihat oleh khalayak, dia akan mengikut kata hatinya dengan tidak melakukan amal ibadat.
3. Tidak Tetap Kata
  • Dia sentiasa mengubah pendiriannya. Sewaktu bersama orang Mukmin lainnya, dia akan memuji-muji Islam mengatakan ketaatannya terhadap ajaran tersebut tetapi di belakang orang Mukmin, secara senyap dia akan menghina Islam.
4. Sentiasa Mengharapkan Kebaikannya Dibalas
  • Jika dia melakukan sesuatu kebaikan dan berbuat jasa, dia akan mengharapkan kebaikan itu dibalas dengan balasan yang setimpal seperti wang ringgit atau pangkat.
5. Jiwanya Tidak Tenteram 
  • Dia akan sentiasa resah dan gelisah kerana terpaksa bersikap pura-pura di hadapan orang ramai dan tidak dapat melaksanakan kehendak hatinya.
6. Menjadikan Dunia sebagai Matlamat Hidup
  • Mereka hanya menjadikan dunia sebagai tujuan utama dan terlalu cintakan kebendaan. Akhirat bagi orang Munafik hanyalah satu mitos dan khayalan.
"Bayangkanlah betapa hinanya jika tergolong dalam golongan munafik ini kerana segalanya penuh dengan kepura-puraan. Lagi pula, balasan di akhirat amat berat."

Fiman Allah SWT bermaksud:

"Sesungguhnya orang yang munafik itu akan ditempatkan pada tingkatan paling bawah sekali di dalam neraka".
                           (Surah al-Nisa' : 145)

No comments:

Post a Comment

Followers