Thursday 28 June 2012

SYARAT MENGQASARKAN SOLAT FARDU EMPAT RAKAAT KEPADA DUA RAKAAT


 


1. DUA MARHALAH
  • Perjalanan itu hendaklah jauh sepanjang dua marhalah atau enam fasakh iaitu 88.704 km (atau digenapkan 89 kilometer)
2. TUJUAN PERJALANAN

  • Perjalanan bukan dengan tujuan maksiat.
3. SOLAT TUNAI

  • Solat yang hendak diqasar itu adalah solat tunai, iaitu solat yang dilakukan pada waktunya, sedangkan ketika itu, dia masih dalam perjalanan. Solat Qada tidak boleh diqasarkan.
4. NIAT WAKTU TAKBIRATULIHRAM

  • Berniat untuk mengqasar atau memendekkan solat ketika takbiratulihram. Ini kerana asal solat fardu ini ialah empat rakaat. Oleh itu, niat untuk qasar perlu untuk menukarnya kepada dua rakaat.
5. TIDAK IKUT IMAM SOLAT PENUH

  • Tidak solat qasar dengan mengikut imam yang solat penuh (tamam), atau yang tidak diketahui kedudukannya, atau dengan imam yang bersolat subuh, atau sekiranya dia tidak pasti niat imam itu, qasar atau penuh. Jika dia mengikut imam yang bersolat penuh, dia hendaklah juga bersolat penuh.
6. DILAKUKAN DALAM PERJALANAN
  • Orang yang mengqasarkan solat hendaklah berada dalam perjalanan sepanjang solat ini dilakukan. Jika, misalnya, dia bersolat atas kapal, alu kapal itu tiba ke destinasinya, wajib dia menyempurnakan solatnya. Ini kerana rukhsah atau keringanannya untuk qasar telah tiada. Begitu juga jika seseorang itu bermusafir selepas masuk waktu, dia wajib menyempurnakan solatnya dan tidak boleh qasar.
7. MENGETAHUI KEHARUSAN
  • Mengetahui keharusan mengqasarkan solat.
8. BUKAN IKUT ORANG LAIN
  • Jika dia melihat orang lain mengqasarkan solat lalu dia mengikut mereka, tidak sah solatnya.
9. TIDAK MENETAP
  • Orang yang bermusafir itu tidak berniat untuk menetap di tempat yang ditujunya selama lebih daripada tiga hari, tidak termasuk hari pergi dan hari kembali.
  • Jika dia berniat untuk menetap di tempat yang ditujunya selama lebih daripada tiga hari, tidak harus baginya mengqasarkan solat sejak tiba di destinasinya kerana dia sudah dianggap sebagai bermukim.
10. BELUM SAMPAI DESTINASI
  • Oleh itu, dia hanya boleh mengqasarkan solat-solatnya ketika dalam perjalanan, tetapi setelah sampai ke destinasinya, dia tidak boleh lagi qasar.
11. BELUM PASTI TEMPOH
  • Jika seorang musafir itu tidak tahu bilakah urusannya akan selesai, sama ada kurang tiga hari atau lebih, harus dia mengqasarkan solatnya selama 18 hari, tidak termasuk hari sampainya dan hari berangkat pulang.


Sumber: Ensiklopedia Solat

No comments:

Post a Comment

Followers