Friday 19 October 2012

KEPERIBADIAN RASULULLAH S.A.W





Rupa Paras Rasulullah SAW

Rasulullah S.A.W tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah tetapi memiliki tubuh badan sebagaimana yang terdapat pada orang-orang sederhana. Rambut baginda tidak terlampau lurus dan tidak terlampau berketak-ketak tetapi berkeadaan berombak-ombak (ikal). Badannya tidak gemuk begitu jugalah wajahnya tidak bulat tetapi bujur. Warna wajah Rasulullah SAW biasa dengan sedikit kemerah-merahan. Matanya tersangat hitam dan bulu keningnya panjang.

Tulang-tulang sendi di badannya tebal (besar) (pergelangan tangan, siku lutut). Bahagian di antara kedua-dua bahu dipenuhi daging-daging (berisi). Badan Rasulullah SAW tiadak berbulu tidak ada berbulu-bulu seleruh tubuh badannya, walaubagaimanapun terdapat suatu garisan bulu daripada dada terus ke pusat. Tangan yang mulia penuh dengan isi-isi daging. Apabila baginda menumpukan perhatian nya kepada seseorang, baginda melakukan dengan seluruh jasadnya (iaitu bukanlah seperti seorang yang bangga diri, hanya memandang sambil lewa atau menyorot dengan matanya sahaja tetapi baginda  akan memusingkan seluruh tubuhnya dan menoleh mukanya yang bercahaya untuk memberi perkhatian).

Di antara dua bahunya terdapat tanda kenabian. Pangkat kenabian berakhir padanya. Baginda terlebih dermawan daripasa segala makhluk dan paling dipercayai percakapannya dan terlebih lembut hatinya daripada semua manusia. Baginda adalah daripada golongan yang mulia.

Wajah Rasulullahlebih bercahaya daripada bulan.
Jabir R.A meriwayatkan bahawa: "Suatu ketika pada malam bulan mengambang saya sedang melihat wajah Rasulullah SAW pada ketika itu baginda memakai sepasang pakaian merah (kain sarung dan baju yang berjalur merah) Akhirnya saya membuat keputusan bahawa Rasulullah SAW terlebih tampan, menawan dan bercahaya daripada sang bulan.

Kulit
Abu Hurairah R.A berkata: Rasulullah SAW berkulit putih, kacak menawan dan nampak seolah-olah tubuh badannya diperbuat daripada perak. Rambutnya sedikit berketak-ketak.

Gigi Baginda 
Abdullah Ibn Abbas R.A mengatakan bahawa: "Gigi hadapan baginda sedikit jarak daripada yang lain; gigi-gigi itu tidak terlampau rapat. Apabila baginda bersabda, keluarlah cahaya daripada celah-celah giginya."

Penggunaan inai dalam mencelup rambut
Qatadah R.A meriwayatkan bahawa beliau bertanya Anas R.A: "Adakah Rasulullah SAW pernah mencelup rambut dengan pewarna?"
Jawab beliau: Rambut Rasulullah SAW tidak begitu banyak beruban sehingga tidak perlu baginda untuk mencelupnya, Uban hanya kedapatan pada kedua-dua pelipisnya. Ya, memang ada Abu Bakar R.A menggunakan daun inai katam(sejenis rumput) untuk mencelup rambutnya.

Bilangan Uban Rasullah SAW Pada Rambut dan Janggut
Anas R.A menerangkan bahawa: "Aku tidak mendapat bilangan lebih daripada empat-belas helai uban di kepala dan janggut Rasulullah SAW".

Kelebihan dan Cara Penggunaan Celak Mata
Ibn Abbas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Gunakan celak ismid (daripada galian) ke mata kerana ia menambah cahaya kepada mata (yakni menguatkan penglihatan) dan juga menolong pertumbuhan bulu mata. Rasulullah SAW mempunyai satu kotak celak mata yang digunakan pada setiap tiga kali pada mata sebelah kanan dan tiga kali sebelah kiri.

Pakaian Kesukaan Baginda (Gamis)
Diriwayatkan daripada Ummu Salamah R.Anha. bahawa: "Daripada bayak pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah SAW ialah Gamis (Kurta:Baju Labuh).

Pakaian Bewarna Merah

Al-Barra bin 'Azib R.A meriwayatkan bahawa: "Aku tidak pernah melihat seorang pun yang terlebih kacak daripada Rasulullah SAW ketika memakai pakaian merah dan rambutnya mencecah bahu".

Cap Mohor Seumpama Buhul Cadar
Sa'ib Yazid R.A meriwayatkan bahawa: "Ibu saudara ku (sebelah ibu) membawaku berjumpa Rasulullah SAW dan memberitahu baginda: "Anak saudara saya sakit" Maka Baginda pun menyapu tangannya yang mulia ke atas kepala saya dengan penuh kasih sayang sambil memohon keberkatan untuk saya. Kemudian baginda pun berwuduk dan baki air darinya lantas saya minum. Kemudian saya berdiri di belakangnya dan terlihat Cap Mohor Kenabian yang seumpama satu buhul cadar yang dibentangkan di atas katil".

Capal Rasulullah SAW
Ibn Abbas R.A meriwayatkan bahawa: "Terdapat dua jalur tali kulit pada capal Rasulullah SAW.

Cincin Rasulullah SAW\
Anas bim Malik R.A telah meriwayatkan bahawa: "Cincin Rasulullah SAW diperbuat daripada perak dan batunya dari Habsyah."
Diriwayatkan daripada Anas R.A bahawa: "Ukiran yang terdapat pada cincin yang mulia itu ialah 'Muhammad Rasul Allah', Muhammad di satu baris, Rasul di baris lain. Nama Allah di barisan pertama, rasul di barisan kedua, Muhammad barisan ketiga.

Hujung Serban di Antara Dua Bahu
Diriwayatkan daripada Ibn Umar R.A sebagaimana yang berikut ini: "Bahawa ketika Rasulullah SAW memakai serban, baginda akan membiarkan hujung serbannya bergantung di antara bahunya. Nafe' (rahmatullah alaihi) berkata bahawa beliau telah melihat cucu Abu Bakar R.A yakni Qasim Ibn Muhammad dan cucu Umar R.A yakni Salim Ibn Abdullah melakukan secara begini."

Monday 1 October 2012

YANG TIDAK NAMPAK TIDAK SEMESTINYA TIADA


 
 
Alkisah, Seorang ateis mengajak seorang alim berdebat. Soalan debatnya: adakah tuhan itu wujud? Lalu kedua-duanya bersetuju dan menentukan tempat dan masa untuk berdebat.

Tibalah hari yang dijanjikan. Si ateis dan hadirin sudah agak lama menanti si alim yang belum tiba lagi. Beberapa ketika kemudian, si alim pun muncul.

"Minta maaf kerana membuat kamu semua tertunggu-tunggu. Sebenarnya tadi saya terperangkap di rumah kerana banjir. Betapa besarnya bah itu, semua penduduk kampung terpaksa duduk di atas bumbung. Jadi kami tiadak boleh ke mana-mana. Hanya menunggu bantuan luar sampai.

"Tiba-tiba ada sebatang pokok tumbang. Tidak semena-mena semua dahan, ranting dan daun-daunnya terpisah dengan sendiri. Batang pokok yang tinggal pula berubah bentuk dan akhirnya bertukar menjadi sampan. Saya pun dapatlah datang ke sini dengan menaikinya."

"Haha! Mana mungkin pokok itu jadi sampan dengan sendirinya. Mesti ada orang yang buatkan!" Gelak besar si ateis dan para hadirin.

Setelah keadaan kembali tenang, si alim pun berkata: "Kalaulah kamu sendiri yakin bahawa sampan itu tidak akan wujud tanpa orang yang membuatnya, bagaimana kamu boleh yakin yang bumi, langit dan alam ini wujud tanpa si Penciptanya? Terkedu si ateis seketika.

"Kalaulah Tuhan itu wujud, jadi di mana Tuhan? Kenapa kita tidak nampaknya?" dia tidak mengalah.
"Pap!, si alim lantas menampar si ateis sehingga dia mengaduh.
"Sakitlah!"
"Di mana sakitnya? Saya tidak nampak pun!"
Ketika itu barulah si areis sedar. Alhamdulillah..



Sumber al-Ustaz 06

Followers