MUTIARA KATA


1. "Mereka yang tidak sanggup berkorban tidak mungkin berjaya"

2. "Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat"

3. "Orang yang hebat bertindak sebelum bercakap, dan kemudian bercakap sepertimana tindakannya. Orang yang hebat merendah diri dalam percakapan, tetapi hebat dari segi tindakan". - Confucius

4. "Adalah tidak berdosa mencuba dan menemui kegagalan. Yang berdosa ialah kerana tidak mencuba" - Sue Ellen Fried

5. "Alangkah banyaknya pohon-pohon kayu, tetapi tidak semuanya menghasilkan buah. Banyak pula buah, tetapi tidak semuanya baik untuk dimakan, banyal pula ilmu, tetapi tidak semuanya memberi faedah". - Nabi Isa a.s

6. "Manusia yang dihormati kerana ilmunya bukan kerana kekuatannya" - Imam Ghazali

7. "Manusia yang paling pintar ialah manusia yang mengambil iktibar daripada apa yang dilihatnya dan menerima nasihat yang didengarnya" - Hamka

8. "Langkah pertama dalam mencari ilmu ialah mengakui kejahilan diri sendiri" - Lord Davis Cecil

9. "Merekan yang baik (disisi Allah dan Manusia) adalah mereka yang sempurna akhlaknya dan baik terhadap isteri dan keluarga." - Al-Hadith (Riwayat Tarmizi)

10. "Orang yang tahu mengenai hal orang lain adalah orang yang berpengetahuan; orang yang tahu mengenai dirinya adalah bijaksana." - R.G.H. Siu

11. "Pemberian yang terbaik untuk musuh ialah kemaafan: untuk lawan ialah toleransi; untuk sahabat ialah hati yang baik; untuk anak ialah contoh yang baik; untuk bapa ialah penghormatan; untuk ibu ialah akhlak yang baik yang membuatnya merasa bangga; untuk diri sendiri ialah rasa hormat dan untuk semua manusia ialah kebajikan. - Arthur James Balfour

12. "Pelajarilah daripada air gunung yang curam yang mencurah air dengan kuat ke anak-anak sungai, tetapi sungai yang besar mengalir dengan senyap. Yang kosong membuat bising, yang penuh selalunya diam. Yang bodoh ibarat teko yang separuh penuh, yang bijak sebagai tasik yang dalam dan tenang." - Gautama Buddha

13. "Sebaik-baik manusia adalah yang banyak memberi manfaat kepada orang lain." - Al-Hadith (Riwayat Al-Qudhi)

14. "Satu-satunya balasan bagi kebaikan ialah kebaikan; satu-satunya cara untuk memperolehi sahabat ialah menjadi sahabat." - Emerson

15. "Semulia-mulia manusia ialah mereka yang mempunyai adab, yang merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memberi manfaat ketika berdaya membalas dan berlaku adil ketika memiliki kuasa." - Abdul Malik bin Marwan

16. "Kelemahan kita yang utama ialah mudah putus asa. Cara yang pasti untuk berjaya ialah mencuba sekali lagi" - Thomas Edison

17. "Kepintaran adalah ibarat sebuah sungai - semakin dalam semakin senyap".

18. "Kecemerlangan melibatkan disiplin dan ketabahan hati dalam mencapai tujuan"- John W. Gardne

19. "Kuasa adalah ibarat sungai yang besar, indah dan berguna selagi airnya mengalir dan tidak melimpah ke tebing, tetapi apabila airnya melempah dan tidak dapat dibendung lagi, ia akan merosakkan dan memusnahkan semua yang ada". - Andrew Hamilton

20. Tuntulah ilmu dan jangan berasa jemu kerana perasaan itu ialah penyakit yang sering menghiggapi orang yang menuntut ilmu.

21. "Anda dihina lantaran menjadi pencari tetapi akan dimuliakan jika menjadi orang yang dicari" - IBN ABBAS

22. Masyarakat memandang anda dengan pandangan yang asyik apabila anda seorang yang pintar, berjaya, kaya dan dapat menyelesaikan masalah. Adapun orang yang gagal dan tidak mempunyai kelebihan, hanya dipandang sebelah mata.

23.Orang yang berusaha ibarat menanam tumbuhan. Tumbuhan itu akan tumbuh, bercambah dan berbuah. Ketika itu kamu akan rasai kenikmatan dan kepuasan hasilnya.

24. Tidak perlu mencari teman secantik "Balqis" andai diri tidak sehebat "Sulaiman". Tidak perlu seteguh "Ibrahim" andai diri tidak sekuat "Hajar", mengapa mengharap teman setampan "Yusuf" jika kasih tidak setulus "Zulaikha" dan mengapa didamba teman hidup sehebat "Khadijah" andai diri tidak sesempurna "RASULALLAH".

25. "Sayangkan ALLAH sentiasa diuji, Sayang manusia dipuji-puji, Sayangnya ALLAH kekal ABADI, Sayang manusia datang dan pergi."

26. "Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat.Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya."(HR Muslim)

27. "Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman." Al-An'aam , 125

28. "Alam ini adalah maha karya Tuhan yang sentiasa berbicara dengan manusia tentang keagungan penciptanya. Mengapa kita hanya melihat nikmat, tetapi melupakan pemberi nikmat? mengapa kita memuji alam tetapi tidak memuji Penciptanya? Allah itu dekat, tetapi kitalah yang sering menjauh.."

29. Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. Dia hanya mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.

30. Kejayaan hari ini mungkin menjadi musuh pada kejayaan pada hari esok.

31. Tanpa melalui kesusahan kita tidak akan dapat menikmati kesenangan. Jangan sekali-kali kita malas dan lalai untuk melakukan kebaikan. Jangan sekali-kali mengikut ajakan syaitan dan godaan nafsu untuk melakukan kejahatan.

32. “Gantungkan Azam dan Semangatmu Setinggi Bintang Di Langit dan Rendahkan Hatimu Serendah Mutiara Di Lautan” (Dipetik dari teratak.com)











Followers