Thursday, 29 March 2012

Berlindung Daripada Mala Petaka


Daripada Ubai bin Kaab r.a. katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila sampai 1/3 malam baginda pun bangun lalu bersabda,
"Wahai sekalian manusia ingatlah kamu semua kepada Allah, telah datang goncangan yang pertama (gegaran/tiupan pertama) yang diikuti dengan peristiwa yang amat dahsyat (golombang/tiupan kedua) telah datang maut dengan bermacam-macam kesengsaraan, telah datang mati dengan bermacam-macam bentuk kesusahan (ketika datangnya sakaratul maut)."
Aku berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku akan memperbanyakkan selawat ke atasmu, maka sebanyak manakah yang aku perlu berselawat ke atasmu?" Baginda menjawab' "Seberapa yang banyak kamu kehendaki". Aku bertanya lagi, 1/4? Beliau menjawab, seberapa banyak yang kamu kehendaki maka jika kamu tambah ianya menjadi kebajikan (selamat) kepada kamu.
Aku bertanya lagi, "Bagaimana jika separuh?" beliau menjawab, "Seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah menjadi kebajikan kepada kamu". Aku bertanya lagi, "Bagaimana jika 2/3?" Baginda menjawab "seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah ianya menjadi kebajikan kepada kamu". Aku bertanya lagi, "bagaimana jika aku jadikan sepenuhnya untuk berselawat kepada mu?" Baginda menjawab, "Oleh yang demikian segala kehendakmu akan dipenuhi dan diampuni segala dosamu". (Hassan)
Huraian
1. Rasulullah mengingatkan umatnya agar sentiasa mengingati Allah sepanjang masa dan mengingati mati kerana kematian adalah seumpama kiamat kecil bagi setiap manusia yang hidup. Bahkan kematian akan datang pada bila-bila masa dalam berbagai bentuk termasuk dengan berlakunya sesuatu bencana.

2. Mala petaka yang datang seperti gempa bumi, ombak besar (tsunami), tiupan angin yang kuat (puting beliung) dan sebagainya adalah ujian yang ditentukan oleh Allah S.W.T. bagi menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran setiap hamba-Nya.
3. Oleh itu umat manusia khususnya umat Islam hendaklah sentiasa beringat (jangan lalai dan alpa) dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya di samping berselawat ke atas baginda Rasulullah saw. sepanjang masa dan berdoa agar dijauhi dari segala mara bahaya dan bencana yang menimpa.
4. Orang yang banyak berselawat adalah orang yang paling rapat dengan baginda di akhirat kelak di mana segala permohonan dan kehendaknya akan diperkenankan oleh Allah S.W.T di samping itu segala dosanya akan diampunkan dan sentiasa mendapat perlindungan dari-Nya.
5. Sesungguhnya arahan Rasulullah saw. supaya umatnya memperbanyakkan selawat adalah juga disertai dengan suruhan agar kita tidak meninggalkan perintah agama serta menjauhi segala larangannya.Daripada Ubai bin Kaab r.a. katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila sampai 1/3 malam baginda pun bangun lalu bersabda, "Wahai sekalian manusia ingatlah kamu semua kepada Allah, telah datang goncangan yang pertama (gegaran/tiupan pertama) yang diikuti dengan peristiwa yang amat dahsyat (golombang/tiupan kedua) telah datang maut dengan bermacam-macam kesengsaraan, telah datang mati dengan bermacam-macam bentuk kesusahan (ketika datangnya sakaratul maut)."
Aku berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku akan memperbanyakkan selawat ke atasmu, maka sebanyak manakah yang aku perlu berselawat ke atasmu?" Baginda menjawab' "Seberapa yang banyak kamu kehendaki". Aku bertanya lagi, 1/4? Beliau menjawab, seberapa banyak yang kamu kehendaki maka jika kamu tambah ianya menjadi kebajikan (selamat) kepada kamu. Aku bertanya lagi, "Bagaimana jika separuh?" beliau menjawab, "Seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah menjadi kebajikan kepada kamu". Aku bertanya lagi, "Bagaimana jika 2/3?" Baginda menjawab "seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah ianya menjadi kebajikan kepada kamu". Aku bertanya lagi, "bagaimana jika aku jadikan sepenuhnya untuk berselawat kepada mu?" Baginda menjawab, "Oleh yang demikian segala kehendakmu akan dipenuhi dan diampuni segala dosamu".(Hassan)
Huraian
1. Rasulullah mengingatkan umatnya agar sentiasa mengingati Allah sepanjang masa dan mengingati mati kerana kematian adalah seumpama kiamat kecil bagi setiap manusia yang hidup. Bahkan kematian akan datang pada bila-bila masa dalam berbagai bentuk termasuk dengan berlakunya sesuatu bencana.
2. Mala petaka yang datang seperti gempa bumi, ombak besar (tsunami), tiupan angin yang kuat (puting beliung) dan sebagainya adalah ujian yang ditentukan oleh Allah S.W.T. bagi menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran setiap hamba-Nya.
3. Oleh itu umat manusia khususnya umat Islam hendaklah sentiasa beringat (jangan lalai dan alpa) dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya di samping berselawat ke atas baginda Rasulullah saw. sepanjang masa dan berdoa agar dijauhi dari segala mara bahaya dan bencana yang menimpa.
4. Orang yang banyak berselawat adalah orang yang paling rapat dengan baginda di akhirat kelak di mana segala permohonan dan kehendaknya akan diperkenankan oleh Allah S.W.T di samping itu segala dosanya akan diampunkan dan sentiasa mendapat perlindungan dari-Nya.
5. Sesungguhnya arahan Rasulullah saw. supaya umatnya memperbanyakkan selawat adalah juga disertai dengan suruhan agar kita tidak meninggalkan perintah agama serta menjauhi segala larangannya.

Wednesday, 28 March 2012

UNTUKMU BIDADARI DUNIA


Wanita adalah satu simbolik yang sering dikaitkan dengan kelembutan dan jua kesopanannya. Warna putih pula dikaitkan dengan suci dan bersih.
Sehelai kain kanvas putih pada mulanya akan diwarnakan oleh si pelukis, untuk mencorakkan apa yang diinginkan begitu juga dengan manusia, ini kerana manusia itu lahir dalam keadaan yang suci tanpa cacat cela.
Islam tidak menghalang wanita menghias diri dalam apa keadaan pun tapi haruslah mengikut garisan islam.
"Katakanlah, kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan menjaga kehormatan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang tampak darinya. Hendaklah mereka mengulurkan/menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau mertua mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung." - Surah Al-Nur (24): 31
Muslimah kini haruslah bergerak mencari "role model" terbaik bagi membentuk dan menyerlahkan lagi penampilan serta bakat tersendiri sepertimana Saidatina Khadijah r.a. isteri Rasulullah S.A.W.
Sebagai insan biasa kita tidak mungkin dapat menyamai Saidatina Khadijah r.a. namun sebagai hamba Allah swt, kita boleh berusaha memupuk dan menyemai sifat-sifat terpuji itu secara beransur-ansur dengan sabar.

Antara sifat-sifat terpuji itu ialah taat perintah Allah, berakhlak mulia, dermawan, sabar, tabah, cekal, penyayang, berwawasan dan berfikiran kreatif.
Keikhlasan hati beliau terletak di kedudukan langit tertinggi yang hanya boleh dicapai oleh insan yang melakukan sesuatu hanya kerana Allah swt semata-mata.

Thursday, 1 March 2012

LANDASAN EMAS KE SYURGA

Setiap daripada kita lahir dengan seorang ibu dan seorang bapa. Ia satu nikmat pemberian Allah yang tiada nilainya di dunia ini. Carilah sampai ke hujung dunia. Kita hanya punya seorang ibu dan seorang bapa. Itulah landasan emas kita ke syurga yang didambakan setiap insan.
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Bersabda Rasulullah s.a.w.
 "Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya. (Hadis sahih riwayat Muslim)
Kewajipan mentaati ibu bapa ini sudah dijelaskan dalam al-Quran. Rasulullah s.a.w juga bersabda yang maksudnya: "Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa."
Riwayat al-Hakim menjelaskan tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia. Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak wajib berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak.
Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji. Sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.
Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T. Amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.

Ada sebuah kisah yang menyentuh hati mengenai anak yang taat kepada kedua orang tuanya. Pada zaman Nabi Musa a.s terdapat seorang pemuda yang memuliakan ibu bapanya. Lalu Nabi Musa a.s pergi ke rumah pemuda itu untuk melihat apakah amalan yang dilakukannya itu. Setelah memberi salam pemuda itu menjemput Nabi Musa a.s masuk ke dalam rumahnya. Baginda kemudian duduk di ruang tamu rumah pemuda tersebut.
Namun pemuda itu tidak melayan Nabi Musa a.s. Nabi Musa hairan dengan tingkah laku pemuda itu. Pemuda itu terus masuk ke dalam bilik. Kemudian beliau keluar dan membawa seekor khinzir betina keluar dari bilik itu. Dia mendukungnya dengan cermat, kemudian memandikannya. Nabi Musa sekali lagi kehairanan dan berbisik di dalam hati baginda "apakah ertinya semua ini?"
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu khinzir itu dilap hingga kering serta dipeluk dan dicium kemudian dihantar semula ke dalam bilik tadi. Selepas itu pemuda itu keluar semula dengan seekor khinzir jantan pula dan lebih besar sedikit daripada yang tadi. Dia kemudian melakukan hal yang sama seperti khinzir yang sebelumnya juga.
Selepas semua kerja selesai barulah dia melayan Nabi Musa a.s. Lalu Nabi Musa a.s bertanya kepada pemuda itu tadi "Apakah agama tuan?" "Islam agamaku"jawab pemuda itu ringkas. "Habis kenapa kamu membela khinzir?" tanya Nabi Musa a.s lagi.
Wahai tuan hamba kedua-dua khinzir yang aku dukung, dan aku mandikan itu tadi adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mnereka banyak melakukan dosa besar, Allah menukarkan rupa mereka kepada rupa khinzir yang hodoh. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain, itu urusannya sama Allah. Aku sebagai anak tetap melaksanakan tanggungjawabku kepada mereka berdua. Hari-hari aku berbakti kepada kedua orang tuaku itu sepertimana yang tuan hamba lihat tadi".
"setiap hari aku berdoa semoga Allah berikan rupa ayah dan ibu muka rupa mereka yang asal, tetapi Allah belum lagi mengkabulkannya," tambahnya lagi.
Maka ketika itu juga Allah berfirman dan menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s "Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti hasil  baktinya yang sangat tinggi kepada ibu bapanya. Walaupun Ibu bapanya buruk dan hodoh dengan rupa khinzir, dia tetap juga berbakti. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami".
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat ibu bapanya yang Kami sediakan di neraka telah kami pindahkan ke dalam syurga".
Sayangi dan hargailah ibu bapa kita sementara kita masih bernyawa. Ibu bapa yang masih punya nafas selayaknya mendapat kasih sayang kita sepenuhnya walau di mana kita berada. Walau siapa juga kita. Seandainya ibu bapa kita sudah pergi meninggalkan kita, itu maknanya tangungjawab kita sebagai anak baru sahaja bermula.

Followers