NUKILAN

 Hidup kita sementara


            
Sering kita lupa akan perjalanan hidup yang sementara ini ada tanggungjawab dan tugas berat yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita. Dek kerana lalai dan alpa menikmati keseronokan dunia sampai kita lupa amanah yang perlu kita galas dalam memakmurkan dunia.

Yang kaya semakin kaya, yang miskin hidup melarat, dunia yang dahulunya kaya dengan khazanah habis musnah dek kerana kerakusan manusia yang bijak sana sini.Hasil habis digali kesejahteraan alam ditolak ketepi.

Kita lupa dunia ini tempat persinggahan sementara sahaja. Walau kaya atau kuat mana pun kita ia tidak akan membawa kita kemana-mana jika kesombongan menguasai diri kita. Sampai masa bila dipanggil kembali kepadaNYA hanya sehelai kain putih yang menutupi tubuh kita.Ingat lah wahai saudara semua hidup kita sementara........

Syukur kehadrat ilahi kerana kita masih berada di bumi yang indah terbentang. Langit yang luas terbentang melindungi bumi dari kehangatan matahari. Matahari yang bersinar menerangi bumi dengan membawa nikmat dari Allah kepada kehidupan di muka bumi.

Syukur ya Allah.Setiap nikmat yang Engkau berikan sedikit pun tiada satu makhluk yang Engkau pinggirkan. Setiap makhluk tersedia bahagian masing-masing tiada satu pun yang tertinggal dari sekecil-kecil zarah sehinggalah sebesar-besar makhluk semuanya dapat merasa nikmat Mu.

Namun di sebalik rezeki Mu yang melimpah masih ada manusia yang alpa dengan limpahan nikmat yang Engkau kurniakan. Sikap tamak menguasai diri sehingga hilang rasa kasih sayang sesama insan. Sedangkan dengan kasih sayang Mu jua lah mereka dapat merasa nikmat di dunia ini.

Bila hilang kasih sayang nyawa insah tiada nilai lagi. Manusia berbunuhan sesama sendiri, tiada lagi rasa takut bila melakuakan dosa besar. Bila kasih ditolak ketepi dan bila sayang pada duniawi akhirat abadi tidak diperduli.

Hidup kita sementara...

Selagi kita bernyawa selagi itulah perjalanan ini harus diteruskan. Putus asa, lemah, adalah sifat yang tidak disukai oleh Allah. Selagi kita berupaya teruskan melangkah dan yakinlah dengan pertolongan NYA walau di mana kita berada DIA sentiasa bersama sekiranya kita tidak melupaiNYA. Yakin dengan Allah, nikmat berlimpah berganda-ganda lupa dengan Allah balasan neraka menanti kita.

Ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, Janganlah Engkau menjauhi kami, Janganlah Engkau melupakan kami, Janganlah Engkau memalingkan pandangan dari kami, Janganlah Engkau membiarkan kami dalam keadaan jahil, bimbinglah kami kejalan yang Engkau Redhoi, Jadikan kami insan yang sentiasa sujud dan bersykur padaMu walau dalam apa jua keadaan yang menimpa kami. Tetapkan iman kami, satukan hati-hati kami bernaung dibawah kasih sayang Mu Ya Allah tuhan semesta alam. Tanpa kasih sayang MU siapalah kami ini disisiMU.

Hidup kita sementara...

Dalam menjalani kehidupan dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan kita seharusnya sentiasa bersabar serta tawaduk menempunya. Selagi kita  berada di atas landasan yang benar yakilah tiada apa pun yang mampu menghalang kita dari terus melangkah dengan izin dari NYA. Cabaran yang mendatang mendewasakan kita menjadi insan yang benar-benar mencari keredhoan Allah.





    

Followers