KISAH & TAULADAN




DOSA YANG TIDAK DIAMPUNKAN ALLAH

Dari Anas r.a. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

Abu Hurairah memberitahu bahawa Nabi s.a.w. sentiasa berpuasa pada hari isnin dan khamis. Kemudian, ada orang bertanya: "Wahai Rasulullah, (apakah alasan) tuan selalu berpuasa pada hari Isnin dan Khamis?"

Baginda menjawab, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa Muslim pada hari Isnin dan Khamis kecuali dua orang yang tidak mahu bertegur sapa (bermusuhan). Allah berkata (kepada para Malaikat), maksudnya: "Tinggalkan kedua-duanya hingga mereka berdamai."

(Riwayat Ibn Majah) 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

WAS-WAS

Imam Ali bin Aqil al-Baghdadi seorang ulama besar mazhab Hanbali di Baghdad. Selain pandai dalam ilmu-ilmu agama, beliau juga sangat cerdas. 

Suatu hari, seseorang mengadu kepadanya: "Saya membasuh tangan dalam wuduk tetapi saya merasa seperti belum membasuhnya. Dan saya bertakbir tetapi merasa belum bertakbir."

Ibn Aqil berkata: "Tinggalkan solat. Anda jawab tidak wajib solat."
Setelah orang itu pergi, orang bertanya kepada Ibn 'Aqil: "Mengapa tuan menyuruhnya meninggalkan solat? Bukan solat itu wajib?"

Ibn Aqil berkata: "Orang itu telah bertakbir namun merasa belum bertakbir ialah orang gila. Orang gila tidak wajib solat."

Pengajaran:

Waswas itu satu penyakit. Jika selalu dituruti, ia boleh membawa kepada penyakit gila. Oleh sebab itu, teguhkan hati dan abaikan waswas dalam segala perkara.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

UNTA TAKUT AZAB TINGGALKAN SOLAT

Ketika Uqa'il sedang berjalan dengan Nabi, tiba-tiba ada seekor unta berlari ke hadapan Rasulullah, lalu berkata, "Ya Rasulullah, aku minta perlindungan daripadamu." Belum selesai unta mengadu halnya, tiba-tiba datang seorang Arab kampung membawa pedang terhunus.

Melihat, Nabi Muhammad s.a.w bertanya kepada orang Arab kampung itu, "Nak buat apa dengan unta tu?" Jawabnya, "Wahai Rasulullah, aku telah membelinya dengan mahal, tetapi dia tidak taat dan jinak padaku. Baik kupotong sahaja unta ini dan beri kepada orang yang memerlukan."

Rasulullah s.a.w bertanya kepada unta, "Mengapa kau menderhakai dia? Dengan takdir Allah s.w.t unta itu menjawab, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak menderhakainya melainkan kerana perbuatanya yang buruk iaitu dia dan kabilahnya sama-sama tidur tanpa solat Isyak. Aku takut Allah menurunkan seksa-Nya kepada mereka ketia aku berada bersama mereka. Jika dia berjanji kepada engkau akan mengerjakan solat Isyak, maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi."

Akhirnya Nabi Muhammad s.a.w mengambil perjanjian orang Arab kampung itu, bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isyak dan baginda pun menyerahkan unta itu kepadanya.

SEKSA MENINGGALKAN SOLAT

Diberitahu bahawa di dalam neraka Lamlam terdapat sebuah lembah. Di dalam lembah itu terdapat ulau-ular berbisa sebesar leher unta yang gemuk dan panjangnya adalah sebulan perjalanan. Lembah ini akan ditempatkan orang-orang yang melengahkan solat dan mereka akan diseksa dengan azab yang dahsyat.



Sumber : soal jawab remeh-temeh solat / ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





No comments:

Post a Comment

Followers