HADITH







PEGANG TANGAN PASANGAN KEKASIH SEBELUM NIKAH


Sabda Rasullullah SAW : Sesungguhnya kepala seseorang di antara kamu ditusuk dengan jarum besi lebih baik daripada menyentuh tangan perempuan yang tidak halal baginya.


LELAKI MEMAKAI BARANG PEREMPUAN

Dari Ibnu Abbas RA katanya : Rasullullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan
 orang perempuan yang menyeruai lelaki. 
( Riwayat Bukhari )


TIDAK DITERIMA 

Abu Muslim al-Khawlani berkata: Empat jenis dana tidak diterima dalam empat bentuk ibadah iaitu dana hasil penyelewengan, mencuri, mengambil hak anak yatim dan menipu. Semuanya tidak diterima dalam ibadah jihad,haji,umrah dan sedekah."
(Ibn Asaki, Tarikh Dimasyg)  

AYAT KURSI

"Apabila kamu hendak tidur di perbaringan, bacalah Ayat 
Kursi hingga selesai. Nescaya Allah SWT sentiasa menjagamu dan 
syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi" 
(Hadis Riwayat Bukhari) 

DERMA


Bandingkan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,
ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai
tiap-tiap tangkai  itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan 
melipat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan 
Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.
(Al-Baqarah 2:261)


PERINTAH MENUTUP AURAT

"Dan hendaklah kamu tetap diam di dalam rumah serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berikan zakat; dan taatilah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintah kamu dengan semua itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai 'ahlul bait' dan hendaklah membersihkan diri kamu sebersihnya (dari segala perkara yang keji)"
(Surah Al-Ahzab ayat 33)

"Wahai nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"
(Surah Al-Ahzab ayat 59)



................................................................................................................................................................


Iaitu orang-orang yang menjunjung perintah Allah dan RasulNya (supaya keluar menentang musuh yang menceroboh), sesudah mereka mendapat luka (tercedera di medan perang Uhud). Untuk orang-orang yang telah berbuat baik di antara mereka dan yang bertaqwa, 
ada balasan yang amat besar. 
[Surah al-Imran, ayat 172]

........................................................................................................................................................



Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA daripada nabi SAW, baginda bersabda, “Sesungguhnya Allah SWT cemburu (tidak suka) dan cemburu Allah SWT itu ialah terhadap orang yang akan mengerjakan apa yang diharamkan Allah ke atasnya.”

Huraian Hadith: 

Allah SWT memberi kebebasan kepada seseorang melakukan apa yang dikehendaki, namun begitu Allah tidak menyukai perbuatan yang diharamkan.

Perasaan benci kepada perkara yang dilarang oleh Allah adalah suatu sifat yang mulia.


Followers