Wednesday, 20 February 2013

RAHSIA PERGERAKAN DI DALAM SOLAT





Terdapat lebih 656 otot di dalam tubuh kita yang berada daripadanya mengalami peregangan, pergerakan dan pengenduran semasa gerakan solat.

Berdiri Tegak
  • Berdiri tegak dan lurus menjadikan titik tumpuan beban tubuh tertumpu pada kedua-dua telapak kaki secara seimbang. Secara prtopedik, rutin ini melatih kekuatan tulang kaki dan ekstremiti bawah menerima serta menampung beban tubuh secara rutin.
Takbir 
  • Mengangkat tangan ketika takbiratul ihlam memudahkan nafas dihirup. Waktu itu, paru-paru mengembang dan otot diafragma mendatar. Mendakap tangan ke dada memberikan kesan yang sebaiknya di mana paru-paru mengempis dan mengeluarkan nafas.
Rukuk
  • Posisi rukuk, terutamanya ketika terjadi peralihan menuju iktidal, memberikan tekanan pada pundi kencing oleh tulang belakang dan tulang kemaluan. Ini melancarkan lagi proses membuang air kecil dan mencegah gangguan prostat.
Sujud
  • Sujud yang wajib sebanyak 34 kali sehari menjamin aliran darah ke arah otak, khususnya darah di saluran vena. Ini menyebabkan pengembalian darah menujuke jantung lebih mudah.
Duduk Iftirasy
  • Duduk iftirasy menjaga kesihatan sendi dengan mengaktifkan kelenjar peluh yang dilipat pada bahagian paha. Bertemunya lipatan paha dan betis meningkatkan pengeluaran peluh. Ini mampu mencegah pengaburan dengan mengeluarkan mineral dan garam-garam yang mungkin ada pada lipatan mata.
Transisi
  • Pergerakan daripada satu kedudukan ke kedudukan lain yang berlaku sekurang-kurangnya 85 kali sehari mempengaruhi organ-organ pencernaan, sistem kencing, jantung dan saluran darah.
Salam
  • Gerakan salam iaitu memutar kepala ke kanan dan kekiri berguna bagi meregangkan otot-otot kepala dan leher. Ini menjadikan senaman ringan dalam memelihara keanjalan kulit wajah.
Thuma'ninah
  • Thuma'ninah atau berhenti seketika. Rutin solat menjadi masa rehat daripada aktiviti rutin dunia sehingga tubuh hati dan fikiran kita menjadi segar semula.

Saturday, 9 February 2013

HIKMAH SOLAT

 

Selepas syahadah, solat adalah paksi utama yang menjadi tonggak keimanan seorang Mukmin. Ini kerana, siapa sahaja boleh bersaksi dengan kaliman syahadah untuk menjadi seorang Muslim, tetapi hanya orang beriman sanggup patuh kepada perintah Allah untuk mengerjakan solat semata-mata untuk Nya. Kaitan iman dan mengerjakan solat ini dapat dilihat dengan jelas dalam firman Allah yang menyamakan perbuatan beriman dan perbuatan soleh dengan mendirikan solat.

Firman Allah SWT bermaksud:

"Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh dan mengerjakan solat serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita"
                                                                                                                    (Surah al-Baqarah 2:277)


HIKMAH SOLAT

Tingkat Perasaan Ubudiyah
  •  Meningkatkan perasaan Ubudiyah terhadap Allah, kerana kesibukan manusia dengan urusan dan tanggungjawab duniawi kadangkala menyebabkan kita alpa siapa diri kita yang sebenarnya."Bersolat mengingatkan tentang kedudukan kita sebagai hamba kepada Pencipta Allah SWT" 
Bertaubat
  • Masa untuk manusia bertaubat kepada Allah SWT daripada segala dosa dan kesalahan yang mereka lakukan sehari semalam. Secara sedar atau tidak, kita melakukan pelbagai dosa setiap hari. Oleh itu, solat yang dikerjakan secara berterusan boleh membantu membersihkan dosa-dosa ini dan menyucikan hati mereka daripada kecenderungan kepada maksiat. Sabda Rasulullah bermaksud: "Apakah pandangan kamu jika terdapat sebatang sungai di hadapan pintu salah seorang daripada kamu di mana dia mandi di situ lima kali sehari, adakah masih tinggal sebarang kekotoran pada tubuhnya?" Mereka menjawab: "Tidak ada sebarang kekotoran yang tinggal." Baginda besabda lagi:"Demikian juga seperti solat lima waktu, yang mana Allah SWT akan dengan sebabnya menghapuskan segala dosa." (Riwayat al-Tarmizi dalam Sunan al-Tarmizi, kitab Perumpamaan daripada Rasulullah:Bab Perumpamaan Solat Lima Waktu).
Makanan Akidah
  • Solat lima waktu ini juga bertindak sebagai pengisian atau makanan yang berterusan kepada akidah dan keyakinan kita kepada Allah. Dengan makanan dan bekalan yang mencukupi, iman dan akidah akan menjadi lebih kuat.
Pengurusan Masa
  • Mengajar manusia tentang pengurusan masa dan peka kepada perubahan waktu.
Bersihkan Diri
  • Membersihkan diri daripada kekotoran lahiriah dengan mengambil wuduk atau tayamum.
Kesihatan Fizikal
  • Pergerakan rukun solat yang menggunakan seluruh anggota badan fizikal seumpama senaman kepada kia.
Latihan Kepimpinan
  • Melatih sifat kepimpinan dan menghormati pemimpin apabila melaksanakan solat secara berjemaah.
Menutup Aurat
  • Melahirkan rasa malu kepada Allah SWT dengan menutup aurat dengan sempurna.
Sumber : Ensiklopedia Solat

Followers