Wednesday, 4 August 2010

SOLAT UNTUK KESIHATAN

BEGITU hebat rahsia di sebalik ibadah solat yang umat Islam lakukan setiap hari.



Solat bukan ibadat biasa, tetapi ia manifestasi hebat yang dianugerahkan kepada manusia - zahir dan batin.

SUJUD DENGAN SEMPURNA....kajian membuktikan apabila seseorang sujud rongga dada akan bertambah besar dan paru-paru akan berkembang dengan baik bagi menghirup udara bersih selain melancarkan pengaliran darah. Jangan terkejut amalan solat yang dilakukan setiap hari adalah terapi paling berkesan merawat pelbagai penyakit berbahaya.

Kajian saintifik membuktikan kesahihan perkara itu. Penyakit berpunca daripada makanan kita makan setiap hari dan tabiat buruk yang diamalkan. Dalam soal pemakanan, Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia yang amat teliti dan bijak mengatur pola makanan seharian.

Nabi Muhammad turut menekankan ibadah yang pintar bermula dengan wuduk yang menyimpan 1001 rahsia.

Melalui wuduk, kesihatan bertambah baik, wajah berseri-seri dan tampak awet muda jika dilaksanakan dengan sempurna.
Dalam buku 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah karya Dr Mohammad Ali Toha, Prof Dr Syahathah dari Fakulti Perubatan, Universiti Alexandria, Mesir membuat kajian bahawa 'istinsyaq' atau memasukkan air melalui hidung ketika berwuduk membersihkan hidung daripada kuman.

Cara melakukannya ialah dengan memasukkan air seperti menarik nafas dengan kekuatan sederhana kemudian mengeluarkan air itu dengan hembusan yang kuat.

Kaedah itu jika dilakukan dengan sempurna mampu mencegah 17 penyakit berbahaya, antaranya mata, telinga kulit, radang kerongkong, batuk dan penyakit paru-paru dan penyakit mental. Percayalah, jika Allah memerintahkan sesuatu ibadah itu, pasti ada hikmah dan manfaat kepada manusia.

Apakah kesan langsung dalam setiap pergerakan yang dilakukan ketika kita menunaikan solat lima waktu? Di dalam sebuah kitab fiqh ada menyentuh mengenai solat iaitu Muniyatul Musalli. Ia menggambarkan solat adalah persembahan terbaik kepada Khaliq (Allah). Solat yang tidak khusyuk ibarat persembahan hadiah yang tidak bernilai. Justeru, setiap Muslim perlu mempunyai hati yang bersih bagi khusyuk dalam solat. Pernahkah kita berfikir mengapa perintah bersolat lebih awal dari ibadat puasa atau amalan lain? Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Allah memberikan perintah bersolat kepada Nabi Muhammad s.a.w. secara terus tanpa perantaraan sesiapa di Sidratul Muntaha. Kelebihan bersolat dibuktikan sendiri Rasulullah, apabila ditimpa kesukaran dan kesedihan, Baginda akan berkata kepada Bilal: "Tenteramkanlah hatiku, wahai Bilal." Maka Bilal pun mengalunkan azan. Kemudian mereka mengerjakan solat secara berjemaah.

Pakar perubatan mengakui solat yang khusyuk adalah amalan meditasi yang ideal. Bacaan dalam solat menyebabkan manusia berada dalam keadaan antara jaga dan tidur.

Cuba praktikan kepada diri sendiri, apabila menghadapi masalah, kerjakan solat sunat dua rakaat dan lihat hasilnya.



Sumber : Metro

DOA PEREMPUAN LEBIH MAKBUL DARIPADA LELAKI


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar) ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,"Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

wallahua'lam...

Monday, 2 August 2010

BERSELAWAT

Dari segi bahasa:

Bermakna doa, rahmat daripada Allah, member berkat dan ibadah.

Dari segi syarak:

Mengakui kerasulan Baginda lalu berdoa agar Allah mengurniakan keutamaan dan kemuliaan ke atas Baginda SAW.

Kelebihan Berselawat:

1. Ia merupakan salah satu amalan paling utama

2. Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa

3. Jaminan untuk mendapatkan rahmat Allah di dunia dan akhirat serta syafaat Nabi SAW.

4. Menjadi banteng sifat munafik dan kafir

5. Selamat daripada huru-hara hari kiamat

6. Menjadi penyebab hajat, doa dan amalan yang baik diterima Allah

7. Tiket untuk mudah memasuki syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit

8. Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah

9. Dikasihi oleh Nabi SAW dan dapat turut serta mendampingi Baginda di syurga kelak

10. Kehidupan di dunia penuh ketengan dan bahagia manakala di akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan.


Sumber : Indahnya Hidup Bersyariat

MEMBACA AL-QURAN

Antara kelebihan membaca al-Quran ialah:

1. Ibadah yang paling utama dari segi bacaan.

2. Pahala membaca satu huruf daripada al-Quran: menurut Ibn Majah digandakan hingga 400 kali dan Ibn al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali.

3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga. Juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.

4. Mengikut Ibn Abbas r.a., pembaca al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membacanya tidak akan putus.

5. Selamat daripada api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.

6. Pada hari kiamat, al-Quran menjadi pembela.

7. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga.

8. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.

9. Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solehin.

10. Membaca al-Quran secara berkumpulan akan diampunkan dosa mereka.

11. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.

12. Jika dibaca di dalam rumah, akan member cahaya kepada rumah itu.

13. Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) mendapat ketengan, rahmat dan dikelilingi oleh malaikat.

14. Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi imam solat.

15. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran al-Quran.

16. Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat.

17. Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.

18. Mendapat perlindungan di padang mahsyar nanti.

19. Pembaca akan dilindungi daripada godaan syaitan.

Masa yang diutamakan membaca al-Quran

1. Pada waktu tengah malam sehingga fajar adalah paling utama

2. Antara maghrib dan isyak

3. Sesudah solat subuh



Sumber : Indahnya Hidup Bersyariat

MUNAFIK

Dari segi bahasa:

Orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar.

Dari segi syarak :

Seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikannya di dalam hati.


TANDA SESEORANG ITU MENJADI MUNAFIK

1. Iman Tidak Tetap Dan Tidak Teguh

Orang yang sebegini dapatlah diibaratkan seperti lalang di mana ia terlalu mudah mengikut arah tiupan angin. Orang yang tidak teguh imannya sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan. Mereka sangat mudah terikut-ikut dan terpengaruh dengan persekitaran.

2. Tindak Tanduk Yang Sentiasa Berubah

Orang munafik bolehlah diibaratkan sebagai pelakon yang hebat. Ketika dia bersama orang yang sedang beribadat, dia akan turut sama melakukan ibadat tersebut walaupun hatinya terlalu susah untuk menerimanya. Sebaliknya yang terjadi apabila dia tidak dilihat oleh khalayak, dia akan mengikut kata hatinya dengan tidak melakukan amal ibadat.

3. Tidak Tetap Kata

Dia sentiasa mengubah pendiriannya. Sewaktu bersama dengan orang mukmin lainnya, dia akan memuji-muji islam dan mengatakan ketaatannya terhadap ajaran tersebut tetapi di belakang orang mukmin, secara senyap, dia akan menghina islam.

4. Sentiasa Mengharapkan Kebajikannya Dibalas

Jika dia melakukan sesuatu kebaikan dan berbuat jasa, dia akan mengharapkan kebaikan itu dibalas dengan balasan yang setimpal seperti wang ringgit atau pangkat.

5. Jiwanya Tidak Tenteram

Dia akan sentiasa resah dan gelisah kerana terpaksa bersikap pura-pura di hadapan orang ramai dan tidak dapat melaksanakan kehendak hatinya.

6. Menjadikan Dunia Sebagai Matlamat Hidup

Mereka hanya menjadikan dunia sebagai tujuan utama dan terlalu cintakan kebendaan. Akhirat bagi orang munafik hanyalah satu mitos dan khayalan.


“Sesungguhnya orang yang munafik itu akan ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah sekali di dalam neraka”. – (Surah al-Nisa’:145)

Sumber : Indahnya Hidup Bersyariat

DOA

Antara sebab doa seseorang ditolak ialah kerana hatinya yang buta disebabkan sepuluh perkara:

Sebab-sebab doa tidak diterima

1. Mengenali Allah tetapi tidak menunaikan suruhan-Nya

2. Mengatakan cinta kepada Rasul Allah, tetapi meninggalkan sunahnya

3. Membaca Al-Quran, tetapi tidak beramal dengannya

4. Makan nikmat Allah, tetapi tidak bersyukur kepada-Nya

5. Mengatakan syaitan itu musuhnya, tetapi tidak menentangnya

6. Mengatakan syurga itu benar, tetapi tidak beramal untuknya

7. Mengatakan neraka itu benar, tetapi tidak lari daripadanya

8. Mengatakan mati itu benar, tetapi tidak bersedia untuknya

9. Bagun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia, tetapi melupakan keaiban diri sendiri

10. Mengebumikan mayat-mayat (sahabat-sahabatnya) tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka.

ISLAM

Bererti tunduk dan patuh menurut segala peraturan dan panduan zahir serta batin yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW. Iman dan Islam tidak boleh diceraikan untuk memperolehi pelepasan azab akhirat nanti.

Keistimewaan ISLAM

I. Memperbaiki kepercayaan dan memperkuatkan keyakinan atau akidah kepada Zat Allah SWT yang Maha Esa.

II. Menghapuskan kepercayaan kepada yang lain selain Allah SWT.

III. Mengatur cara beribadat kepada Allah SWT.

IV. Mengatur cara-cara perhubungan kehidupan manusia.

V. Mengatur hokum-hukum keseksaan/ jinayat yang sesuai dengan manusia.

VI. Mengatur hukum keadilan kekeluargaan dan keturunan.

VII. Mempertinggikan akhlak manusia.

VIII. Mengatur hukum-hukum yang berhubung dengan kebendaan.

ADAB BERSAHABAT

Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai teman/ rakan.”

Ayat ini menegah kita bersahabat dengan orang yang fasiq yang sentiasa melanggar perintah Allah walaupun adakalanya dia melakukan amal ibadat.

Al-Qamah, seorang ulama masyur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat, antaranya:

1. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.

2. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.

3. Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.

4. Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.

Syaidina Ali k.m.h pernah berkata “Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sisimu (ketika susah dan senang). Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu.”

Abu Sulaiman al-Darani r.a. mengungatkan kita agar melihat dua sifat ini pada seseorang sebelum memilihnya sebagai rakan:

1. Orang yang mudah engkau berurusan dalam kehidupan seharian.

2. Orang yang dapat memberikan faedah dan manfaat dalam segala perkara.

Sememangnya Allah SWT menegaskan betapa pentingnya dijalinkan hubungan persahabatan dengan orang-orang yang beriman, bertakwa dan berakhlak mulia yang dapat bersama-sama menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini, menyuruh manusia kepada perkara-perkara kebaikan dan melarang mereka daripada berbuat kemungkaran.

Followers