Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai teman/ rakan.”
Ayat ini menegah kita bersahabat dengan orang yang fasiq yang sentiasa melanggar perintah Allah walaupun adakalanya dia melakukan amal ibadat.
Al-Qamah, seorang ulama masyur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat, antaranya:
1. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.
2. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.
3. Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.
4. Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.
Syaidina Ali k.m.h pernah berkata “Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sisimu (ketika susah dan senang). Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu.”
Abu Sulaiman al-Darani r.a. mengungatkan kita agar melihat dua sifat ini pada seseorang sebelum memilihnya sebagai rakan:
1. Orang yang mudah engkau berurusan dalam kehidupan seharian.
2. Orang yang dapat memberikan faedah dan manfaat dalam segala perkara.
Sememangnya Allah SWT menegaskan betapa pentingnya dijalinkan hubungan persahabatan dengan orang-orang yang beriman, bertakwa dan berakhlak mulia yang dapat bersama-sama menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini, menyuruh manusia kepada perkara-perkara kebaikan dan melarang mereka daripada berbuat kemungkaran.
No comments:
Post a Comment