Rasulullah SAW menegur secara bijaksana terhadap orang Badwi yang memahami konsep tawakal hanya berserah sahaja kepada Allah SWT tanpa sebarang ikhtiar. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik:
Suatu ketika seorang laki-laki datang berjumpa Rasulullah SAW sambil meninggalkan unta tunggangannya,
seraya berkata, "Aku lepaskan untaku dan aku bertawakal." Maka Nabi menjawab, "ikatlah untamu dan
bertawakallah kau."
Jelas di sini tidak ada tawakal apabila tidak disertai dengan usaha. Namun, banyak kekeliruan terjadi dalam memahami hadis itu iaitu sering difahami bahawa tawakal itu dilakukan setelah usaha keras dilaksanakan.
Pemahaman ini memang bersumber daripada sejumlah dalil, antaranya ini. Pemahaman ini sebenarnya kurang tepat, kerana tawakal haruslah sentiasa menyertai diri seorang muslim dalam semua tahap usaha: sebelum, ketika, sesudah dan selamanya.
Jadi, terdapat perbezaan dalam pengertian:
"Bekerja lalu bertawakal" dengan "Bertawakal lalu bekerja"
Bekerja Lalu Bertawakal
- Pengertian ini menjadikan tawakal ini hanya satu simbol tanpa memberikan bekas yang bererti terhadap jiwa orang yang tengah melakukan sesuatu pekerjaan, meskipun ia mengaku bertawakal.
Bertawakal Lalu Bekerja
- Pengertian ini pula menjadikan tawakal itu sebagai landasan sehingga memberi bekas yang sangat besar pada jiwa dan memberikan kekuatan yang luar biasa yang akan mampu mengatasi kesulitan-kesulitan yang ditemui.
Kepentingan Semangat Tawakal
Semangat tawakal yang sebelum, ketika dan setelah bekerja juga akan menghindarkan seseorang daripada menempuh jalan yang tidak diredai oleh Allah SWT untuk mencapai tujuan. Ia yakin dengan tawakalnya Allah akan membantu memberi jalan serta memudahkan urusanya.
Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi keperluanny."
Sumber: Indanya Amalan Berdoa
No comments:
Post a Comment