Setitik air mata
ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu ibu jangan jatuh air mata dan anak
jangan bagi ibu jatuh air mata. Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.
Kalau balik tengah
malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu, sebab wajah orang tidur akan
menampakkan segalanya
Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
· Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
· Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air
mata.
· Memandang wajah Ibu yang sedang tidur /
sedar hingga berlinangan air mata
Orang yang kita
kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
· Anak
· Ibu
· Suami.
Adalah menjadi satu
dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu.
Barang siapa yang
tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka
dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah
menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap
solat kita mesti mendoakannya.
Doa orang yang
masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati.Jadi doakanlah Ibu kita yang
telah tiada.
Ketika melalui
kubur, perlahankan dan beri salam, Mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan
ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi,
jangan lupa bagi salam.
Tanda-tanda siksa
Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah
keluarkan.
Sesiapa yang
bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.
Jika mak kita sudah
meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak
kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. “Ya Allah, aku
sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu
yang yang buat ibu kita bahagia di sana.
Kalau kita susah
nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu kita baru kita ringan tangan nak
bersedekah.
Allah panjangkan
usia Ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak
anaknya. Jagalah mereka dengan baik Insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau
tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.
Allah kalau boleh
tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan
kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita
sebelum dia mengambil kita.
Anak Lari Dari
Rumah
Kalau anak lari
dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah
al-ikhlas setiap hari.
Masa laungan azan
yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita
kepadanya.
Anak Degil
semasa dia tidur
bercakaplah perlahan - lahan di telinganya nasihatilah dia