Alkisah, Seorang ateis mengajak seorang alim berdebat. Soalan debatnya: adakah tuhan itu wujud? Lalu kedua-duanya bersetuju dan menentukan tempat dan masa untuk berdebat.
Tibalah hari yang dijanjikan. Si ateis dan hadirin sudah agak lama menanti si alim yang belum tiba lagi. Beberapa ketika kemudian, si alim pun muncul.
"Minta maaf kerana membuat kamu semua tertunggu-tunggu. Sebenarnya tadi saya terperangkap di rumah kerana banjir. Betapa besarnya bah itu, semua penduduk kampung terpaksa duduk di atas bumbung. Jadi kami tiadak boleh ke mana-mana. Hanya menunggu bantuan luar sampai.
"Tiba-tiba ada sebatang pokok tumbang. Tidak semena-mena semua dahan, ranting dan daun-daunnya terpisah dengan sendiri. Batang pokok yang tinggal pula berubah bentuk dan akhirnya bertukar menjadi sampan. Saya pun dapatlah datang ke sini dengan menaikinya."
"Haha! Mana mungkin pokok itu jadi sampan dengan sendirinya. Mesti ada orang yang buatkan!" Gelak besar si ateis dan para hadirin.
Setelah keadaan kembali tenang, si alim pun berkata: "Kalaulah kamu sendiri yakin bahawa sampan itu tidak akan wujud tanpa orang yang membuatnya, bagaimana kamu boleh yakin yang bumi, langit dan alam ini wujud tanpa si Penciptanya? Terkedu si ateis seketika.
"Kalaulah Tuhan itu wujud, jadi di mana Tuhan? Kenapa kita tidak nampaknya?" dia tidak mengalah.
"Pap!, si alim lantas menampar si ateis sehingga dia mengaduh.
"Sakitlah!"
"Di mana sakitnya? Saya tidak nampak pun!"
Ketika itu barulah si areis sedar. Alhamdulillah..
Sumber al-Ustaz 06
No comments:
Post a Comment