Showing posts with label Rahmat. Show all posts
Showing posts with label Rahmat. Show all posts

Monday, 6 February 2012

Berkat Membaca Basmallah


Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah s.w.tmenghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah s.w.t., dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Thursday, 24 June 2010

Madah Cinta

"Cinta yang sejati datangnya dari keluhuran hati yang suci,
disulami dengan nur iman sebagai pendinding kemaksiatan"

Monday, 7 June 2010

Mutiara Kata

"Tajam mata pedang bila terkena pasti berdarah, tajam mata pena boleh menggegarkan dunia"

Thursday, 15 April 2010

Anda dan Masalah

Dalam hidup ini ada berbagai halangan dan masalah yang perlu kita hadapi. Halangan dan masalah ini lah yang akan membentuk kita supaya menjadi manusia yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara.

Ada orang menganggap masalah yang datang sebagai satu rahmat. Dengan masalah yang dihadapinya dia dapat belajar sesuatu yang bermanfaat untuk dirinya menghadapi cubaan dan dugaan dunia pada masa yang mendatang. Tidak kurang juga ada manusia yang menganggap masalah yang datang itu sebagai satu beban yang akan menjatuhkannya.

Bagaimana pula dengan anda? Jika anda menganggap masalah itu sebagai satu masalah anda berkemungkinan besar akan bermasalah. Namun jika anda mengaggap masalah itu sebagai satu cabaran berkemungkinan besar anda akan mengorak langkah untuk menyelesaikan masalah anda. Tapi jika anda leka pasti anda akan merana...

Hidup Ini Tidak Selalunya Indah

Kadang-kadang apa yang kita inginkan tak dapat, tapi apa yang kita tidak mahu yang kita dapat. sebagai manusia yang lemah kebiasaanya kita akan lebih terdorong untuk mengeluh atau merasa hampa. Secara tidak sedar sebenarnya kita telah jadi seorang yang tidak bersyukur.

Bila kita tidak dapat apa yang kita inginkan bukan bermakna Allah tidak sayang pada kita. Mungkin pada masa itu kita belum bersedia atau jika Allah berikan apa yang kita iginkan pada masa itu mungkin akan memberi mudarat kepada kita. Sebagai hamba kita seharusya redho dengan ketentuannya. Sesungguhnya Allah itu lebih mengetahuan tentang hambanya.

Fikir-fikir dan renungkanlah...

Followers