Saturday 9 February 2013

HIKMAH SOLAT

 

Selepas syahadah, solat adalah paksi utama yang menjadi tonggak keimanan seorang Mukmin. Ini kerana, siapa sahaja boleh bersaksi dengan kaliman syahadah untuk menjadi seorang Muslim, tetapi hanya orang beriman sanggup patuh kepada perintah Allah untuk mengerjakan solat semata-mata untuk Nya. Kaitan iman dan mengerjakan solat ini dapat dilihat dengan jelas dalam firman Allah yang menyamakan perbuatan beriman dan perbuatan soleh dengan mendirikan solat.

Firman Allah SWT bermaksud:

"Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh dan mengerjakan solat serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita"
                                                                                                                    (Surah al-Baqarah 2:277)


HIKMAH SOLAT

Tingkat Perasaan Ubudiyah
  •  Meningkatkan perasaan Ubudiyah terhadap Allah, kerana kesibukan manusia dengan urusan dan tanggungjawab duniawi kadangkala menyebabkan kita alpa siapa diri kita yang sebenarnya."Bersolat mengingatkan tentang kedudukan kita sebagai hamba kepada Pencipta Allah SWT" 
Bertaubat
  • Masa untuk manusia bertaubat kepada Allah SWT daripada segala dosa dan kesalahan yang mereka lakukan sehari semalam. Secara sedar atau tidak, kita melakukan pelbagai dosa setiap hari. Oleh itu, solat yang dikerjakan secara berterusan boleh membantu membersihkan dosa-dosa ini dan menyucikan hati mereka daripada kecenderungan kepada maksiat. Sabda Rasulullah bermaksud: "Apakah pandangan kamu jika terdapat sebatang sungai di hadapan pintu salah seorang daripada kamu di mana dia mandi di situ lima kali sehari, adakah masih tinggal sebarang kekotoran pada tubuhnya?" Mereka menjawab: "Tidak ada sebarang kekotoran yang tinggal." Baginda besabda lagi:"Demikian juga seperti solat lima waktu, yang mana Allah SWT akan dengan sebabnya menghapuskan segala dosa." (Riwayat al-Tarmizi dalam Sunan al-Tarmizi, kitab Perumpamaan daripada Rasulullah:Bab Perumpamaan Solat Lima Waktu).
Makanan Akidah
  • Solat lima waktu ini juga bertindak sebagai pengisian atau makanan yang berterusan kepada akidah dan keyakinan kita kepada Allah. Dengan makanan dan bekalan yang mencukupi, iman dan akidah akan menjadi lebih kuat.
Pengurusan Masa
  • Mengajar manusia tentang pengurusan masa dan peka kepada perubahan waktu.
Bersihkan Diri
  • Membersihkan diri daripada kekotoran lahiriah dengan mengambil wuduk atau tayamum.
Kesihatan Fizikal
  • Pergerakan rukun solat yang menggunakan seluruh anggota badan fizikal seumpama senaman kepada kia.
Latihan Kepimpinan
  • Melatih sifat kepimpinan dan menghormati pemimpin apabila melaksanakan solat secara berjemaah.
Menutup Aurat
  • Melahirkan rasa malu kepada Allah SWT dengan menutup aurat dengan sempurna.
Sumber : Ensiklopedia Solat

No comments:

Post a Comment

Followers