Tuesday, 23 February 2010

6 PERKARA YANG ALLAH SEMBUNYIKAN

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, Dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur Dan barat (Ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri Dan berkata:


"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."


Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"


Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. Dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.


Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, Dan tidak Ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah Dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, Dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam Dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu Dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."


Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"


Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."


Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan Mengembangkan sayapnya Dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga IA merasa letih Dan lemah Dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon Dan dia sujud kepada Allah SWT lalu IA berkata dalam sujud:


"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "


Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun Dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."


Marilah sama2 Kita fikirkan Dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :


* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalambulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang palingutama di dalam
solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telahmenyembunyikan (tarikh terjadinya) Hari kiamat di dalam semua Hari.


Semoga Kita mendapat berkat daripada ilmu ini.

Thursday, 18 February 2010

Mutiara Kata





"Keimanan yang sebenar datangnya dari dalam hati yang suci murni, bukannya dari lidah yang dusta"

Mutiara Kata






"Percaya dan Yakin kepada Ilahi nescaya anda akan lebih yakin pada diri sendiri"

Friday, 12 February 2010

Mutiara Kata


"Siapakah yang sudi memberi pinjaman kepada Allah berupa pinjaman yang baik (menafkahkan harta di jalan Allah) maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan berkali-kali ganda"

(Surah Al-Baqarah 2:245)

"I do the best Allah the Best"

Monday, 8 February 2010

JIKA YANG DIINGINKAN TIDAK TERCAPAI


Sekiranya mendapati kehidupan anda tidak seiring dengan keinginan, atau mengalami kemunduran, cubalah cara-cara ini untuk mengembalikan anda pada tujuan atau keinginan anda itu.

Identifikasi masalah

Sisihkan waktu untuk menulis pada indeks, jurnal, buku harian atau agenda mengenai fikiran, emosi dan masalah sewaktu anda menjalani masa-masa sukar tersebut. Untuk setiap masalah tulis tindakan dan penyelesaian.

Mencari sokongan

Berbincanglah dengan teman dan keluarga atau sesiapa sahaja yang anda anggap boleh memberikan sokongan moral atau dukungan atas masalah yang telah anda identifikasi. Anda mungkin hanya perlukan sikap prihatin mereka untuk mendengar masalah anda. Tetapi jika seseorang yang ajak berbincang itu boleh membantu masalah anda, mintalah bantuan bagaimana mereka dapat mengatasi masalah anda.

Jangan salahkan keadaan

Menyalahkan orang lain atas masalah anda dan mengakui diri sendiri sebagai korban hanya akan menambahkan luka dan beban bagi anda. Penting untuk menyedari bahawa selagi anda tidak dapat mengawal segala sesuatu yang terjadi pada anda, anda boleh mengawal bagaimana anda bertindak terhadap mereka.

Bebaskan diri dari tekanan

Perkara terburuk yang boleh anda lakukan ketika itu adalah menerima lebih banyak tanggung jawab. Jika anda terpaksa, tinggallah bersama teman atau keluarga untuk sementara waktu hingga masalah anda selesai.

Jangan mencari jalan pintas

Hanya kerana anda telah mengidentifikasikan masalah dan menentukan langkah yang akan diambil bukan bererti masalah anda selesai. Ada peringkat waktu di mana anda sebenarnya berasa tidak dapat melakukan apa-apa untuk membantu diri sendiri. Boleh jadi anda akan mengalami kekecewaan kerana apa yang anda harapkan tidak segera terjadi. Ini akan membuat anda menyerah.

Anggaplah sesuatu masalah yang berlaku sebagai kemunduran sementara dan terus berusaha dengan penyelesaian yang telah anda buat. Jangan segan mencari bantuan jika anda tidak dapat memecahkan masalah sendiri.


“Kita sentisa muda untuk melakukan dosa, tetapi kita tidak pernah tua untuk bertaubat”

Thursday, 4 February 2010

Gambaran Wanita Tua Tentang Peribadi Rasullullah s.a.w.


Dalam peristiwa hijrah, Rasulullah s.a.w telah singgah di sebuah rumah yang didiami oleh seorang wanita tua bersama suaminya. Persinggahan ini berlaku semasa Rasulullah s.a.w bersama sahabat-sahabatnya dalam perjalanan dari gua Thur ke Madinah. Semasa singgah di rumah wanita tua itu, suaminya tidak berada di ruamah kerana urusan pekerjaanya di luar.

Kehadiran Rasulullah s.a.w itu telah menyebabkan kambing kepunyaan wanita itu mengeluarkan susu dengan banyaknya. Walaupun Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya dapat meminum susu sehingga kekenyangan, namun masih banyak baki susu yang masih ada. Ini menimbulkan kehairanan kepada wanita tua itu dan suaminya.
Apabila suaminya pulang ke rumah dan melahirkan rasa hairannya, maka wanita itu menggambarkan diri Rasulullah s.a.w dengan kata-kata berilut:

“Rupa parasnya kacak, mukanya bercahaya, tingkah lakunya menyenangkan, perutnya tidak memboyot, rambutnya kemas dan rapi, segak, tampan, matanya hitam dan besar, rambutnya panjang dan tebal, suaranya jelas, lehernya jinjang, matanya hitam bercahaya, kebiruan asli di sudut-sudut matanya, bulu matanya lembut dan nipis, rambutnya hitam dan ikal, diam khusyuk dan ramah mesra, cantik dan menawan dari jauh dan amat manis dan segak dipandang dari dekat, manis ketika berkata-kata serta jelas kalimat-kalimatnya, tidak lebih dan tidak kurang dari yang perlu, percakapannya tetap, ukuran badannya sederhana tidak rendah dan tidak terlalu tinggi, seperti setangkai ranting yang segar disunting dari sebatang pohon yang cantik, indah dipandang dan segak bentuknya. Sahabat-sahabatnya sangat setia dan selalu mengelilinginya, mendengar kata-katanya dengan diam dan patuh segera akan apa yang diperintahkannya, mereka taat, suka kepadanya, tidak banyak cakap dan tidak pula menyembunyikan”

Perhatikan firman Allah Ta’ala dalam Surah al-Ahzab, ayat 21: “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari akhirat dan dia banyak menyebut nama Allah.”

Bosan Kerja?


Kerja bertimbun, “dead line” menghimpit, bos pula sudah marah-marah! Situasi sebegini sering membuatkan kita bosan dan buntu dengan kerja. Sesekali akan timbul rasa ingin menarik diri dari pekerjaan yang sedang dilakukan. Perasaan sebegini seeloknya tidak dibiarkan kerana ia mungkin menjejaskan karier. Ada baiknya anda mencari sesuatu untuk membangkitkan semangat kerja anda. Ada dua cara yang boleh anda lakukan;


• Tanya kembali bidang tugas anda

Bidang tugas biasanya diberikan pada awal anda bekerja. Lihatlah sama ada apa yang anda lakukan pada waktu itu kerja anda sudah menyimpang dari yang asal ataupun tidak. Namun sekiranya sampai sekarang anda belum mendapat senarai bidang tugas anda tersebut, silakan tanya. Biasanya pekerjaan menjadi bertindih disebabkan sesuatu hal. Kunci untuk menguraikannya semua ini adalah membicarakannya dengan pihak-pihak lain. Dengan bantuannya, anda boleh menentukan mana tugas utama, dan mana tugas sampingan.

• Kalau terlalu bosan

Cubalah mencari daya penarik lain dari pekerjaan yang selama ini dianggap membosankan. Siapa tahu dengan menyertakan aktiviti dalam melakukan tugas anda menemui bakat terpendam yang selain membuat anda bersemangat tapi juga membuatkan majikan menyedari potensi anda. Cara itu juga majikan mungkin terdorong member anda tanggungjawab lebih yang boleh memacu semangat kerja.

Tuesday, 2 February 2010

Mutiara Kata





"Kita sentiasa muda untuk melakukan DOSA, tetapi kita tidak pernah tua untuk BERTAUBAT"

7 CARA CEPAT NAIK PANGKAT


Semua yang berkarier pastinya mengharapkan kenaikan pangkat. Kenaikan pangkat setingkat daripada jawatan sekarang melambangkan banyak perkara. Bukan saja gaji yang lebih besar, rasa hormat dari rakan-rakan yang lain tapi yang lebih penting pengiktirafan oleh majikan terhadap usaha tugas yang anda lakukan.

• Mencari cabaran

Biasakan diri untuk mengerjakan tugas-tugas yang paling sukar, tidak menyenangkan dan dihindari oleh ramai pekerja. Mencari cabaran sebegini membuktikan bahawa anda boleh bekerja di bawah tekanan.

• Nyatakan pendapat anda sewaktu mesyuarat

Kebanyakan daripada kita diperingkat bawahan mahupun atasan memilih untuk berdiam diri sewaktu mesyuarat. Mulai sekarang anda harus berbicara mengutarakan pendapat. Anda tidak hanya menonjol tapi juga akan dilihat punya keyakinan diri. Selain itu, anda juga dilihat sebagai pekerja yang positif, mempunyai perhatian dan minat dalam persoalan yang dibangkitkan.

• Kembangkan kemahiran

Jangan berhenti daripada belajar. Sekiranya syarikat anda sedang memperkenalkan system ataupun kemahiran baru, cubalah mempelajarinya dengan tekun. Ini akan menunjukkan bahawa anda seorang yang punya inisiatif.

• Menyelesaikan tugasan lebih awal

Menyiapkan tugas pada hari “dateline” adalah perkara biasa. Kali ini cubalah amalkan sikap menyiapkan pekerjaan lebih awal dua atau tiga hari sebelumnya. Ia akan memberi peluang pihak atasan member pendapat terhadap hasil tugas yang anda lakukan serta anda sendiri punya waktu untuk memperbaikinya.

Sikap ini juga menunjukkan anda mahir dengan tugas anda sehingga mampu menyelesaikannya dengan cepat dan bersedia untuk memegang tanggungjawab serta jawatan yang lebih tinggi.

• Jadi rakan setugas yang baik

Jangan segan membantu rakan dan menjaga hubungan dengan rakan setugas. Selain itu, banyaklah meminta nasihat dari orang atasan ataupun rakan setugas yang sudah berpengalaman. Orang atasan akan melihat anda terbuka untuk mempelajari perkara-perkara baru dan bersemangat untuk mencapai sasaran yang sama.

• Sentiasa bersemangat

Seorang pekerja yang mempunyai sikap yang baik dan berkeinginan untuk maju selalunya akan menonjol. Apapun kerja yang diberikan, jadilah orang pertama yang bersedia menjalankannya. Tapi jangan pula sampai semangat melebihi kemampuan.

• Ikut perkembangan semasa

Ikuti perkembangan semasa di dalam atau di luar syarikat begitu juga dengan kemahiran yang berkaitan dengan tugas anda tapi awas jangan pula sibuk mengikuti gossip-gosip yang tidak member faedah. Pada masa yang sesuai tunjukkan kepada majikan anda bahawa anda benar-benar mengetahui semua selok belok berkaitan dengan bidang pekerjaan dan juga perkembangan syarikat.

BAGAIMANA MENGAMBIL HATI BOS


Pastinya ramai antara kita sedang berlumba-lumba mengambil hati bos atau majikan. Namun begitu ada juga yang tersilap cara. Mengambil hati ada seninya, salah caranya hati majikan mungkin terusik dan anda sendiri yang menerima akibatnya. Untuk mengelakkan perkara ini dari terjadi, pelajarilah beberapa tips mengambil hati majikan seperti di bawah;

• Perkenalkan diri pada bos

Sekiranya ada bos baru datang bertugas di tempat kerja, apa kata anda terlebih dahulu memperkenalkan diri padanya dan bukan sebaliknya. Pekerja yang mengambil inisiatif ini pasti mendapat lebih perhatian. Setelah memperkenalkan diri, kalau perlu ajak majikan terlibat sama dengan projek yang sedang diuruskan, paling kurang meminta pandangan daripadanya.

• Jangan ketinggalan zaman

Bos pasti senang jika pekerjanya adalah seorang yang serba tahu dan selalu tahu berita-berita terbaru tentang pekerjaanya. Selain itu ikuti juga perkembangan syarikat, jangan bersikap seperti katak di bawah tempurung. Jangan juga remehkan gossip-gosip dunia kerja, kerana siapa tahu ada gunanya.

• Dengarkan dan tanyalah

Jangan hanya mendengar apa yang diucapkan oleh bos atau majikan. Lanjutkan dengan pertanyaan agar dia fokus, dan mendengar apa yang diperkatakannya. Itu semua membawa petanda anda pekerja yang prihatin dan peka dengan kehendaknya.

• Selalu pasang mata

Pekerja yang baik adalah mereka yang mengambil tahu tentang pelanggan dan juga rakan setugas. Selalu pasang mata dan perhatikan juga tentang perkara-perkara dalam pekerjaan yang boleh membuat kita bakal disanyang bos.

• Kembangkan Idea

Pekerja yang paling berharga adalah pekerja inovatif, yang selalu mendorong diri sendiri untuk mencapai yang terbaik. Cirri khas pekerja inovatif adalah mereka yang selalu berkata, “saya telah memikirkan tentang tugas yang telah diberikan itu, dan menambahkan idea a, b, c, ke dalam idea asli. Jadi harap yang lain ambil inisiatif, jangan pasif saja!

• Jangan takut ambil risiko

Bertanggungjawab, tidak kering idea dan tidak takut menentang arus adalah pekerja pilihan. Selain itu pekerja yang bakal mengambil perhatian majikan adalah yang berani mengambil risiko. Semua kerja punya risiko jadi apa ditakutkan jika segalanya sudah dirancang dengan baik.

Sumber : MW

Followers