Tuesday, 2 February 2010

7 CARA CEPAT NAIK PANGKAT


Semua yang berkarier pastinya mengharapkan kenaikan pangkat. Kenaikan pangkat setingkat daripada jawatan sekarang melambangkan banyak perkara. Bukan saja gaji yang lebih besar, rasa hormat dari rakan-rakan yang lain tapi yang lebih penting pengiktirafan oleh majikan terhadap usaha tugas yang anda lakukan.

• Mencari cabaran

Biasakan diri untuk mengerjakan tugas-tugas yang paling sukar, tidak menyenangkan dan dihindari oleh ramai pekerja. Mencari cabaran sebegini membuktikan bahawa anda boleh bekerja di bawah tekanan.

• Nyatakan pendapat anda sewaktu mesyuarat

Kebanyakan daripada kita diperingkat bawahan mahupun atasan memilih untuk berdiam diri sewaktu mesyuarat. Mulai sekarang anda harus berbicara mengutarakan pendapat. Anda tidak hanya menonjol tapi juga akan dilihat punya keyakinan diri. Selain itu, anda juga dilihat sebagai pekerja yang positif, mempunyai perhatian dan minat dalam persoalan yang dibangkitkan.

• Kembangkan kemahiran

Jangan berhenti daripada belajar. Sekiranya syarikat anda sedang memperkenalkan system ataupun kemahiran baru, cubalah mempelajarinya dengan tekun. Ini akan menunjukkan bahawa anda seorang yang punya inisiatif.

• Menyelesaikan tugasan lebih awal

Menyiapkan tugas pada hari “dateline” adalah perkara biasa. Kali ini cubalah amalkan sikap menyiapkan pekerjaan lebih awal dua atau tiga hari sebelumnya. Ia akan memberi peluang pihak atasan member pendapat terhadap hasil tugas yang anda lakukan serta anda sendiri punya waktu untuk memperbaikinya.

Sikap ini juga menunjukkan anda mahir dengan tugas anda sehingga mampu menyelesaikannya dengan cepat dan bersedia untuk memegang tanggungjawab serta jawatan yang lebih tinggi.

• Jadi rakan setugas yang baik

Jangan segan membantu rakan dan menjaga hubungan dengan rakan setugas. Selain itu, banyaklah meminta nasihat dari orang atasan ataupun rakan setugas yang sudah berpengalaman. Orang atasan akan melihat anda terbuka untuk mempelajari perkara-perkara baru dan bersemangat untuk mencapai sasaran yang sama.

• Sentiasa bersemangat

Seorang pekerja yang mempunyai sikap yang baik dan berkeinginan untuk maju selalunya akan menonjol. Apapun kerja yang diberikan, jadilah orang pertama yang bersedia menjalankannya. Tapi jangan pula sampai semangat melebihi kemampuan.

• Ikut perkembangan semasa

Ikuti perkembangan semasa di dalam atau di luar syarikat begitu juga dengan kemahiran yang berkaitan dengan tugas anda tapi awas jangan pula sibuk mengikuti gossip-gosip yang tidak member faedah. Pada masa yang sesuai tunjukkan kepada majikan anda bahawa anda benar-benar mengetahui semua selok belok berkaitan dengan bidang pekerjaan dan juga perkembangan syarikat.

No comments:

Post a Comment

Followers