Monday, 8 February 2010

JIKA YANG DIINGINKAN TIDAK TERCAPAI


Sekiranya mendapati kehidupan anda tidak seiring dengan keinginan, atau mengalami kemunduran, cubalah cara-cara ini untuk mengembalikan anda pada tujuan atau keinginan anda itu.

Identifikasi masalah

Sisihkan waktu untuk menulis pada indeks, jurnal, buku harian atau agenda mengenai fikiran, emosi dan masalah sewaktu anda menjalani masa-masa sukar tersebut. Untuk setiap masalah tulis tindakan dan penyelesaian.

Mencari sokongan

Berbincanglah dengan teman dan keluarga atau sesiapa sahaja yang anda anggap boleh memberikan sokongan moral atau dukungan atas masalah yang telah anda identifikasi. Anda mungkin hanya perlukan sikap prihatin mereka untuk mendengar masalah anda. Tetapi jika seseorang yang ajak berbincang itu boleh membantu masalah anda, mintalah bantuan bagaimana mereka dapat mengatasi masalah anda.

Jangan salahkan keadaan

Menyalahkan orang lain atas masalah anda dan mengakui diri sendiri sebagai korban hanya akan menambahkan luka dan beban bagi anda. Penting untuk menyedari bahawa selagi anda tidak dapat mengawal segala sesuatu yang terjadi pada anda, anda boleh mengawal bagaimana anda bertindak terhadap mereka.

Bebaskan diri dari tekanan

Perkara terburuk yang boleh anda lakukan ketika itu adalah menerima lebih banyak tanggung jawab. Jika anda terpaksa, tinggallah bersama teman atau keluarga untuk sementara waktu hingga masalah anda selesai.

Jangan mencari jalan pintas

Hanya kerana anda telah mengidentifikasikan masalah dan menentukan langkah yang akan diambil bukan bererti masalah anda selesai. Ada peringkat waktu di mana anda sebenarnya berasa tidak dapat melakukan apa-apa untuk membantu diri sendiri. Boleh jadi anda akan mengalami kekecewaan kerana apa yang anda harapkan tidak segera terjadi. Ini akan membuat anda menyerah.

Anggaplah sesuatu masalah yang berlaku sebagai kemunduran sementara dan terus berusaha dengan penyelesaian yang telah anda buat. Jangan segan mencari bantuan jika anda tidak dapat memecahkan masalah sendiri.


“Kita sentisa muda untuk melakukan dosa, tetapi kita tidak pernah tua untuk bertaubat”

No comments:

Post a Comment

Followers