Firman ALLAH SWT bermaksud : “ Dan engkau lihat kebanyakan dari mereka berlumba-lumba pada melakukan dosa dan pencerobohan serta memakan yang haram. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan” . (Surah Al Maidah : 62)
ULASAN AYAT:
1) Ramai dikalangan manusia pada hari ini berlumba-lumba untuk melakukan kejahatan dan dosa. Sedangkan ALLAH menyuruh hamba-hambaNya berlumba melakukan amal kebajikan. Orang yang lalai dan lengah dalam hidupnya, sering bermalas-malasan ketika hendak melakukan kebajikan. Tapi di saat dia hendak melakukan kejahatan maka semangat di hati muncul dan membara.
2) Jika seseorang itu hendak melakukan kebaikan, maka banyak syaitan yang memujuknya untuk menunda melakukan kebaikan itu.
3) Di antara sifat-sifat yang harus dimiliki oleh seorang mukmin adalah “ bersegera kepada ( mengerjakan ) pelbagai kebajikan. Adapun sifat yang dimiliki oleh orang yang derhaka adalah “ bersegera membuat dosa dan permusuhan “
4) Oleh itu, setiap hamba hendaklah bersegera dalam tindakan untuk melakukan amal kebaikan, menyedari hakikat dunia dan masa yang semakin pantas meninggalkan kita. Ajal sentiasa berlumba-lumba mendekati kita, justeru marilah sama-sama kita berlumba-lumba melakukan kebajikan dan meninggalkan kejahatan dan dosa. WALLAHU’ALAM
No comments:
Post a Comment