Hiburan merupakan satu fitrah yang disukai oleh manusia. Semua orang mengiginkan hiburan untuk menghiburkan hati mereka. Namun, adakah mereka memanfaatkan sepenuhnya hiburan tersebut untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT atau menyalahgunakan hiburan tersebut untuk perkara-perkara maksiat?
Takrif Hiburan:
Dalam bahasa Arab disebut sebagai al-lahw iaitu semua perkara yang melekakan manusia daripada pelbagai gangguan, pemikiran dan masalah yang mengganggu tidur mereka. Ia juga tidak mempunyai hakikat yang sabit seperti bermain, berjenaka, bersembang malam, menyanyi dan sebagainya.
Hukum Hiburan:
- Hiburan yang tidak memberi apa-apa kesan yang buruk atau baik. Contohnya berada dalam majlis yang penuh dengan gurauan dan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan membuang masa. Hukum hiburan sebegini adalah makruh.
- Hiburan yang memberi kesan buruk. Memberi kesan yang buruk kepada individu dan masyarakat contohnya berhibur sehingga mengabaikan solat, bekerja mencari rezeki dan sebagainya. Hiburan sebegini hukumnya Haram.
- Hiburan yang memberi kebaikan. Hiburan yang memberi kebaikan kepada individu dan masyarakat seperti pertandingan memanah, permainan yang berfaedah, dan apa sahaja hiburan yang diterima baik oleh rasional manusia. Hukum hiburan ini adalah harus dan dibenarkan.
Syarat-syarat sukan yang diharuskan:
- Tidak meninggalkan ibadah asas seperti solat, puasa dan sebagainya.
- Tidak meninggalkan pekerjaan utama seperti mencari rezeki, belajar dan seumpamanya.
- Tidak melibatkan perkara haram seperti perjudian dan pertaruhan.
- Tidak wujud penipuan.
- Menutup aurat
- Tidak membahayakan tubuh badan, nyawa dan minda.
- Tidak membuang masa disebabkan sukan yang terlalu lama
- Tidak membazir wang untuk sukan dan peralatan yang terlalu mahal
Sumber: Indahnya hidup bersyariat
No comments:
Post a Comment