Daripada 313 orang rasul ini, 25 orang daripadanya adalah wajib diketahui oleh umat Islam. Namun begitu, hanya lima orang rasul sahaja yang layak menerima gelaran Ulul 'Azmi iaitu Rasul pilihan dan Agung. Mereka yang terpilih ialah Nabi Muhammad SAW, Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Isa a.s, dan Nabi Nuh a.s.
Di bawah dipaparkan secara ringkas antara amalan, dugaan dan peristiwa yang dihadapi oleh rasul-rasul pilihan yang melayakkan mereka digelar Ulul 'Azmi khususnya untuk pengetahuan anak-anak kita.
1. NABI MUHAMMAD SAW
- Bapanya Abdullah meninggal dunia sewaktu Baginda masih di dalam kandungan. Ibunya, Siti Aminah pula meninggal dunia ketika Baginda masih kecil. Kemudian bapa saudara Baginda, Abu Talib dan isterinya yang tercinta Siti Khadijah r.h.a pula meningggal dunia pada peringkat awal kenabiannya. Mereka antara orang yang banyak menyokong dan membantu kehidupan serta usaha-usaha dakwah Rasulullah SAW.
- Kematian anak-anak Baginda berlaku pada waktu mereka masih kecil lagi. Yang tinggal dan membantu Baginda dalam menegakkan Islam ialah Siti Fatimah al-Zahrah.
- Penentangan hebat kafir Quraisy terhadap Baginda khususnya daripada Abu Jahal, Abu Lahab, Abu Sufyan dan Ketua Munafik, Abdullah bin Ubay bin Salul.
- Cedera dalam Perang Uhud di mana umat Islam tewas kepada tentera Quraisy Makkah.
- Menghadapi ancaman hebat daripada penduduk Makkah selama 13 tahun menjadi Nabi serta menghadapi tentangan puak Yahudi Bani Quraidzah, Bani Nadhir dan Bani Qainuqa' di Madinah.
- Baginda taat beribadah, hormati orang tua, menyanyangi kanak-kanak, banyak berpuasa, berjaga malam, tangkas di medan perang, pemimpin yang berwibawa dan sebagainya.
- Penentangan kaumnya terhadap dakwah yang Baginda bawa khususnya daripada bapa Baginda sendiri.
- Dihukum bunuh dengan dilemparkan ke dalam api yang marak oleh Raja Namrud. Dengan izin Allah SWT, api menjadi sejuk dan baginda terselamat.
- Baginda taat beribadat kepada Allah SWT.
- Baginda memperoleh anak (Nabi Ismail) apabila mengahwini Siti Hajar setelah sekian lamanya tidak dikurniakan anak bersama Siti Sarah. (Siti Sarah kemudiannya mendapat anak lelaki, Nabi Ishak).
- Kisah penyembelihan anaknya Nabi Ismail a.s yang dijalankan semata-mata takwa terhadap Allah SWT.
- Walaupun baginda menjadi anak angkat Raja Fira'un yang zalim baginda tetap tegas menjalankan usaha dakwah menegakkan agama Allah. Penentangan Raja Fira'un dan kaumnya terhadap Baginda menjadi-jadi dengan cubaan membunuh Baginda.
- Raja Fira'un memanggil tukang-tukang sihir untuk menundukkan Nabi Musa a.s tetapi tongkat yang dianugerahi mukjizat menjadi ular besar menelan semua ular-ular tukang sihir tersebut.
- Baginda terpaksa melarikan diri bersama-sama pengikutnya melintasi Laut Merah yang terbelah (dengan pertolongan Allah) sedangkan Fira'un dan bala tentera yang mengekorinya tenggelam di dalam arus laut yang deras itu.
- Asiah, isteri Raja Fira'un (Ibu angkat Nabi Musa a.s) menerima dakwah yang baginda bawa.
- Baginda kuat beribadah, kurang tidur dan banyak berzikir.
4. NABI ISA A.S
- Baginda tabah menghadapi tomahan masyarakat kerana dilahirkan (tanpa bapa) oleh ibu baginda, Siti Maryam. Ini semua adalah kudrat dan kehendak Allah SWT.
- Penentangan berterusan daripada kaumnya sendiri.
- Baginda kuat beribadah, kurang tidur dan banyak berpuasa.
- Dakwah Baginda tidak diterima oleh anak dan isteri baginda sendiri.
- Umur Baginda yang melebihi 900 tahun kebayakannya digunakan untuk mengajar umat Baginda mengesakan Allah.
- Baginda tabah menjalankan usaha dakwah sehinggakan waktu banjir besar melanda kaumnya, Baginda masih tetap mengajak isteri dan anak Baginda supaya bertaubat dan mentaati perintah Allah. Isteri dan anak Baginda akhirnya tenggelam dalam banjir manakala baginda bersama pengikut setia dan binatang-binatang selamat berlayar di dalam bahtera.
- Baginda kuat beribadah, tidak mudah putus asa dalam usaha dakwah dan menyayangi semua mahluk Allah.
No comments:
Post a Comment