Firman ALLAH SWT bermaksud : “ dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.( Surah An Nisa’ : 19 )
Huraian Ayat :
Huraian Ayat :
1. Kehidupan suami isteri adalah berlandaskan ihsan, muafakat atau syura (perbincangan). Sepertimana yang disebutkan di dalam ayat Al Quran diatas.
2. Hubungan kekeluargaan berlangsung, bermula daripada perhubungan suami isteri di dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing menurut perintah ALLAH SWT. Dalam kekeluargaan, asas kebahagiaan adalah bermula daripada suami isteri yang taat kepada ALLAH dan RASUL seterusnya ketaatan isteri kepada suami yang merupakan nakhoda keluarga.
3. Ramai yang menganggap bahawa hubungan diantara suami isteri hanya sekadar temetrainya akad nikah, walhal selepas daripada itu tanggungjawab dan amanah yang dipikul terlalu berat.
4. Keluarga yang diredhai ialah keluarga yang mengamalkan system Islam dalam semua sudut. Didikan Islam yang benar dan jelas harus menjadi pakaian dalam institusi keluarga terutama suami dan isteri agar ianya akan melahirkan zuriah yang berkah.
5. Suami hendaklah menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh keimanan dan keinsafan bukan sekadar melepaskan batuk ditangga, ramai para suami hari ini yang lalai dalam melaksanakan tugasnya, sekalipun mereka dikalangan yang mengetahui tentang urusan agama. Perkara utama yang wajib dititik beratkan ialah perlaksanaannya dalam mengemudi rumahtangga selaras dengan yang diajarkan oleh Nabi SAW. Antara perkara yang perlu dijaga ialah seperti tidak membiarkan isteri membuka aurat, melakukan perkara yang mendedahkan dirinya kepada fitnah, menampilkan akhlak yang buruk dihadapan orang samada zahir mahupun batin, dari segi pertuturan, tulisan mahupun perbuatan. Di samping itu, suami juga hendaklah bersikap jujur dan amanah serta menjaga maruah diri dengan tidak melakukan perkara maksiat. Namun ini hanya segelintir yang mampu menjaganya, yang selamat hanyalah mereka yang benar-benar beriman dan beramal soleh.
6. Manakala isteri pula tetaplah beramanah dalam menjadikan diri sebagai isteri yang taat lagi berakhlak Islam terhadap suami dan keluarganya. Lebih-lebih lagi isteri yang bekerjaya, dia wajib menjaga maruah dan dirinya agar tidak melakukan perkara keji dan mungkar dalam perkara agama, seperti menjaga aurat, pergaulan dan akhlaknya terhadap semua. Namun apa yang berlaku dewasa ini, para isteri hanya bergelar isteri di hadapan suami namun di luar hilang diri sebagai status isteri.
7. Kebahgiaan hakiki dalam kekeluargaan akan tercetus apabila suami dan isteri mampu mendidik diri mereka dikalangan dengan bertaqwa. Orang yang bertaqwa ialah mereka yang takut akan ALLAH SWT ( melakukan sega yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang ). Sesungguhnya ALLAH SWT telah mengutuskan NABI SAW agar dijadikan contoh kepada seluruh ummatNya. Andai Baginda SAW berada di sisi kita PASTI Baginda SAW akan menangis dan terluka melihat kelalaian kita dalam mengamalkan apa yang diperintahkanNya. Tidakkah kita merasa kasih dan cinta pada Baginda SAW, akan tetapi kita menderhakai Baginda SAW dengan sikap kita…sama-samalah kita semai dan didik hati dan jiwa kita agar sentiasa sedar diri bahawa segala yang kita lakukan akan dipersoalkan oleh ALLAH SWT. Adakah kita mampu menjawab semua persoalan apabila kita di hadapan ALLAH sedang kita lalai dengan tanggungjawab kita selaku hambaNya. WALLAHU’ALAM.
Mutiara Iman
No comments:
Post a Comment