Wednesday 13 January 2010

10 Sebab Tugas Tidak Dapat Diselesaikan

Anda mungkin pernah mengalami masalah tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh ketua dengan baik. Cuba anda semak kembali apakah factor-faktor yang menjadi punca masalah anda itu. Semoga anda dapat mencari jalan penyelesaian bagi masalah anda itu.

1. Gangguan

· Berdasarkan kajian yang telah dibuat, antara gangguan yang sering berlaku di tempat kerja ialah mesyuarat yang tidak dirancang, panggilan telefon, suasana bising dan sebagainya.


2. Tiada Sumber

· Sebagai pekerja, anda harus dilengkapi dengan maklumat berkaitan tugasan yang dilakukan. Selain itu, kelengkapan kerja seperti computer dan data-data yang diperlukan untuk menghasilkan kerja yang memuaskan dan tepat pada masanya.

3. Tiada Kemahiran

· Terdapat dua punca pekerja tidak mahir dalam melakukan kerja mereka. Sama ada tugasan yang diberikan itu tidak dijelaskan secara terperinci oleh ketua (tidak tahu apa hendak buat) ataupun pekerja itu tidak dilatih dengan baik (anda tidak tahu bagaimana untuk melakukannya).

4. Banyak tugasan

· Sesetengah orang mempunyai terlalu banyak kerja yang tidak dapat disiapkan walaupun terpaksa bekerja 24 jam sehari selama 7 hari seminggu. Perkara ini biasa berlaku dalam mana-mana organisasi yang mempunyai pekerja sedikit. Akibatnya , kekecewaan akan berlaku apabila anda tidak dapat menyiapkan tugas kerana tidak mungkin akan dapat melakukannya.

5. Pengurusan Masa

· Pekerja yang mempunyai ini melakukan apa yang paling penting tetapi sebaliknya pula bagi yang lemah pengurusan masanya melakukan apa yang dilihatnya senang dan menyeronokkan.

6. Suka bertangguh

· Kenapa harus menunggu esok jika perkara itu boleh diselesaikan hari ini? Anda mungkin menangguhkan sesuatu kerja itu kerana anda khuatir hasil kerja anda itu tidak memuaskan hati. Sebagai contoh, sekiranya anda takutkan kegagalan dan khuatir akan menghasilkan kerja yang kurang baik, maka anda akan mengelak daripada melakukan apa-apa.

Walaupun anda sebolehnya inginkan kesempurnaan dalam setiap hasil tugas yang anda lakukan, tetapi ketua ataupun klien anda lebih melihat kepada kerja yang kurang sempurna daripada anda tidak melakukan langsung kerja tersebut.

7. Tidak Dihargai

· Sekiranya merasakan diri anda tidak dihargai ataupun anda memperolehi gaji yang tidak setimpal dengan kerja yang anda lakukan, maka anda mungkin tidak dapat memberikan 100 peratus komitmen dalam kerjaya yang anda ceburi. Secara tidak sedar ataupun tidak kebayakan pekerja cuba untuk menyeimbangkan antara “member dan diberi” antara mereka dan majikan. Pekerja yang merasakan mereka tidak dihargai akan menjadi kurang berusaha, kerab mengambil cuti, cuai dan sebagainya.

8. Keutamaan Syarikat


· Anda sedang menyiapkan projek A tetapi tiba-tiba majikan anda mengarahkan anda meninggalkan seketika projek tersebut dan memberikan tumpuan kepada projek B. Apabila perkara ini berlaku anda akan berfikir bahawa anda tidak menyelesaikan tugas anda, tetapi majikan anda berfikir sebaliknya.

Sesetengah orang fleksibel dan senag untuk serasi dengan arahan yang baru dan teruja untuk melakukan tugas yang baru tetapi ada juga sestengah orang yang akan merasa kecewa apabila tidak dapat menyiapkan sesuatu projek. Jika anda adalah oran g yang kedua seperti disebutkan tadi dan bekerja di dalam industri yang sepanjang masa akan berlaku perubahan, maka anda perlu mempertimbangkan untuk
menukar kerja anda.

9. Keletihan Emosi

· Keletihan emosi yang dimaksudkan adalah disebabkan oleh tekanan yang teruk di tempat kerja. Ia mungkin kerana suasana tempat kerja yang negatif seperti pekerjanya sering bermusuh antara satu sama lain. Tertekan dengan “deadline” yang ketat, jangkaan dan harapan yang terlalu tinggi terhadap sesuatu perkara, kerisauan dan melakukan kerja yang tidak sepadan dengan kemampuan. Kesemua ini adalah punca berlakunya tekanan jantung dan sakit-sakit lain.

10. Ganjaran

· Anda mungkin seorang yang hebat kerana dapat menyiapkan tugas sebelum ataupun tepat pada masanya. Namun peliknya, kebanyakan organisasi menghadiahkan pekerja yang rajin dan bekerja keras itu dengan tambahan kerja yang lebih banyak menggantikan bonos atau faedah yang lain. Sekiranya perkara ini berlaku di dalam organisasi anda, tidak mustahil anda akan merasakan tidak termotivasi untuk bekerja dengan lebih keras.

Sumber :MW

No comments:

Post a Comment

Followers