Friday 8 January 2010

14 Langkah Pembahagian Masa Efisyen

Pengurusan masa yang bijak dapat membantu anda menguruskan diri dengan baik. Ia berkaitan kometmen untuk menjadi lebih tersusun, kekal focus dan guna masa yang ada sebagai satu kelebihan anda. Di sini terdapat beberapa tip bagi anda menguruskan masa secara aktif dan pro aktif.

Panduan Merancang

· Senaraikan tugasan – buat satu senarai tugas yang perlu anda lakukan, kemaskini antara “penting” atau “kurang penting” agar mudah anda mendahulukan mana-mana tugasan, bawa catatan senarai tugasan anda sama ada dalam diari atau sebagainya;

· Set masa – penting bagi anda meletakkan anggaran masa atau tempoh untuk menyiapkan satu-satu projek. Demikian juga dengan tarikh pelaksanaanya. Jika masa bukan satu halangan untuk menyiapkan tugasan tersebut, anda boleh melakukan sewaktu kelapangan. Layari internet untuk menambah maklumat tatkala menunggu waktu mesyuarat bermula.

· Letak han hormat tarikh siap – pastikan tarikh siap atau deadline yang anda pilih relevan dan cuba siapkan sebelum tarikh atau masa tersebut, ia penting lebih-lebih lagi bila anda mahu bercuti. Mungkin masa yang ada member kelebihan kepada anda untuk menyiapkan tugasan namun bagi mengelakkan rasa tertekan, lebih baik anda siapkan lebih awal bagi membolehkan semakan dilakukan berulang kali.

Elak Bazir Masa

· Bijak Guna Masa – Cuba elakkan dari melakukan perkara secara berulang kali, menyemak e-mel atau menjawab panggilan peribadi misalnya. Lakukan perkara tersebut jika anda punyai masa untuk membaca atau melayarinya.

· Susun Atur, Elak Berterabur – Susun dan atur fail-fail atau dikumen di meja dengan kemas, demikian juga dengan fail dalam computer. Ia bagi memudahkan anda mengendalikannya, sekali gus menjimatkan masa.

· Peka terhadap tugasan – pastikan anda tanda setiap tray (in/out) agar orang lain senang meletakkan atau mencari dokumen jika anda tiada. Ia juga memudahkan dokumen kepada anda diletakkan dengan tersusun yang memudahkan rujukan anda.

· Elak gangguan – tutup pintu pejabat (jika ada) bagi mengelakkan anda diganggu terutama jika berhadapan deadline. Polisi pintu terbuka yang anda amalkan akan mengganggu penumpuan anda terhadap tugasan. Juka rakan sekerja ke meja anda berbual, bangun dan beritahu mereka anda kesuntukan masa dan cuba lakukannya di lain masa.

Ingat kelebihan kerja

· Bekerjasama – rakan sekerja akan suka jika anda siapkan tugasan dalam masa ditetapkan, oleh itu elak dari tersasar. Demikian juga yang anda harapkan. Langkah selamat peruntukkan masa tambahan ke atas projek sebagai persiapan menghadapi perkara di luar dugaan seperti silap komunikasi, terlupa tarikh siap dan sebagainya, jika presentation anda pada 25 hari bulan, pastikan anda bersedia seratus peratus dua hari lebih awal. Ia sebagai persediaan jika anda sakit, peralatan sokongan tidak berfungsi dan sebagainya.

· Elak Follow up yang tidak penting – Jika anda menugaskan tugasan kepada orang lain, biarkanlah dia menyiapkan kecuali anda dipertanggungjawabkan untuk memantaunya. Ramai di antara kita menghabiskan masa untuk membaca laporan projek orang lain dan m,elakukan perkara yang tidak sepatutnya. Jika tugasan rakan anda tidak menjejaskan kemajuan kerjaya anda, tunjukkan sokongan anda hanya pada waktu terluang seperti waktu makan tengah hari dan sebagainya.

· Batal mesyuarat rutin – pastikan hanya mesyuarat penting yang anda hadiri. Jika ia memerlukan kehadiran anda, pastikan mesyuarat bermula dan tamat pada masa yang ditetapkan. Anda boleh bercakap secara personal dengan bos anda untuk mengundurkan diri dari mesyuarat yang tidak begitu melibatkan anda.

Kekalkan Fokus

· Hati-hati pilih projek – pastikan setiap kerja yang anda lakukan bernilai kepada syarikat dan ia secara langsung menghargai kemahiran anda. Mungkin anda punya alas an baik untuk menolak tugasan tambahan atau berada dalam jawatankuasa kerja. Sebagai professional anda harus tahu bila untuk mengatakan “tidak”. Anda akan dihargai jika menunjukkan kerjasama yang baik dengan rakan sekerja dari mengambil lambakan tugasan yang mengganggu tugasan utama anda.

· Elak penangguhan - sememangnya sikap semula jadi manusia untuk menangguh kerja yang diraskan kurang penting. Rancanglah keutamaan kerja agar anda bersemangat melakukannya. Sebagai contoh, jika nada tidak gemar kepada angka, rancang untuk melakukan aktiviti perakaunan di waktu pagi kerana pada waktu ini fikiran anda masih segar dan ia boleh mengelakkan sebarang gangguan. Jika sering kali anda menangguh kerja dan melanggar dateline, semak kembali matlamat kerja anda, keupayaan anda dan minat anda! Penangguhan kerja, antara petanda anda tidak berminat dengan kerja itu.

· Hargai diri anda – pengurusan masa bukan sahaja ke atas kerja, ia juga berkait rapat dengan masa rehat anda serta masa pemulihan tenaga anda. Rancang apa-apa penghargaan bila tugasan Berjaya disiapkan. Minum kopi sebagai contoh. Pemberian “hadiah” ini akan menjadi pemangkin anda untuk siapkan tugasan.

Set masa untuk Berjaya

Cari penyelesaian untuk menumpu perhatian kepada penggunaan masa. Lihat bagaimana peniaga professional (yang anda minati) menggunakan masa mereka dan cuba aplikasi apa yang anda praktikkan. Elak penangguhan, kekal focus dan praktik skil pengorganisasian yang baik, pasti karier anda akan dihargai dan dihormati. Kejayaan akan dating kepada mereka yang tekun bekerja dan tahu mengurus masa.

Sumber : Majalah Maskulin

No comments:

Post a Comment

Followers