Friday 8 January 2010

Sifat Malas di Tempat Kerja

Malas ialah sikap negative yang menjadi penghalang kepada seseorang untuk melakukan sesuatu aktiviti. Ia juga menjadi penghalang untuk menghasilkan sesuatu kerja yang sempurna, berkualiti dan cemerlang.

Malas bukannya bodoh dan bodoh bukannya malas. Bodoh masih boleh diajar, tidak cekap boleh dibimbing dan begitu juga yang lembab dan lemah semangat boleh didorong motivasinya. Akan tetapi, jika anda seseorang yang malas ia adalah satu sifat dan sikap negatif yang datang dari dalam diri dan boleh mencacatkan prestasi kerja dan Berjaya.

Antara sikap dan falsafah yang membentuk sikap malas ialag bangga dengan kerja senang; biar lambat jangan menyusahkan; bangga dengan beban kerja ringan; memilih kerja senang dengan ganjaran berlebihan; tidak suka mendengar kesusahan dalam pekerjaan; tidak bersedia menghadapi cabaran; mengelak kerja-kerja mendesak (urgent); kerja lebih bukan dapat gai lebih; biar orang lain melakukannya jangan diri disusahkan; sedikit untuk organisasi selebihnya untuk diri; kerja berpada-pada; susah derita tanggung sendiri; kalau produktiviti meningkat apa yang kita dapat? Dan banyak kerja banyak kesilapan, sedikit kerja sedikit kesilapan.

Sama ada sedar atau tidak, cara berfikir di atas telah membentuk sikap terhadap kerja. Kadang-kadang mereka tidak tahu apakah itu falsafah atau pegangan hidup. Kadang-kadang ia wujud kerana dipengaruhi sikap orang lain. Ia mungkin menyerap melalui interaksi, pemerhatian, komunikasi dan proses pembelajaran.

Kadang-kadang mereka yang baru menyertai organisasi dating dengan tekad dan semangat untuk membina. Tetapi setelah beberapa lama bekerja dan melihat gelagat serta tingkah laku para kakitangan yang lain, mereka turut terpengaruh dengan sikap sambil lewa.

Walaupun malas bukanlah sifat mutlak yang semula jadi, namun cirri-ciri yang ada boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang serta berpotensi membentuk lebih banyak sikap negative. Umpamanya malas bertanya dan malas belajar. Malas memikirkan kesilapan yang berlaku. Malas mengenal pasti masalah, malas mencari kaedah penyelesaian. Kesemua cirri itu jika terus diamalkan di dalam proses kerja akan membentuk peribadi malas berkekalan. Tegasnya, cirri-ciri malas yang bersifat sementara itu akan kekal membentuk peribadi malas jika tidak dihakis oleh individu berkenaan.

Sumber : Majalah AKRAM JPA

No comments:

Post a Comment

Followers