Tuesday 26 January 2010

AH! BANYAKNYA KERJA


Mendapat kepercayaan dari bos memang suatu yang membanggakan kerana tidak semua pekerja berjaya mendapatkannya. Tapi dari sudut lain, ia mampu membuatkan anda terseksa dengan bebanan kerja yang bertimbun.
Buat itu dan ini, pastinya nama anda yang akan disebut. Hendak ditolak mana mungkin kerana yang menyuruh adalah bos anda. Mahu tak mahu tugasan yang diberi terpaksa dilaksanakan juga walaupun kerja yang sedia ada sudah bertimbun.
Sekiranya anda menghadapi situasi ini sebaiknya, berbincanglah dengan majikan anda, kalau perlu tolaklah kerja-kerja yang bukan menjadi tanggungjawab anda. Mungkin pihak majikan juga punya jalan penyelesaian lain untuk mengatasi beban kerja berlebihan ini. Selain itu praktikkan juga tips dibawah agar kerja anda sentiasa teratur meskipun banyak kerja.

• Setiap hari sebelum pulang dari pejabat, buatlah perancangan kerja untuk esok hari. Kalau perlu buatlah jadual kerja selama satu minggu agar lebih mudah mengerjakannya.

• Sekiranya anda berasa penat, berhentilah sejenak. Tarik nafas dalam-dalam, dan berjalanlah ke luar pejabat. Bebaskan fikiran anda buat seketika. Setelah berasa segar kembalilah bekerja.

• Isilah masa di hujung minggu dengan kegiatan yang menyenangkan. Berukan, memasak, menonton VCD berkumpul bersama keluarga, atau apa juga yang membuatkan anda seronok. Lupakan sejenak urusan di pejabat.

• Manfaatkan masa cuti sebaik mungkin. Jika anda berasa telah bekerja berhabis-habisan selama beberapa bulan, ambillah cuti. Pergi ke tempat kesukaan anda dan rehatkan tubuh serta fikiran anda.

No comments:

Post a Comment

Followers