Tuesday 26 January 2010

BAGAIMANA MENJADI PEKERJA KREATIF


Anda mahu menjadi pekerja yang kreatif tapi merasakan anda tidak berupaya melakukannya. Jangan tentang perkara itu, kerana Tuhan sebenarnya telah mencipta setiap manusia dengan segudang potensi dan kemampuan untuk menciptakan. Jadi, kini yang tinggal bagimana anda harus mengasah dan membentuknya.
Selain itu juga, sesungguhnya alam dan persekitaran juga mengajar kita untuk menjadi kreatif. Jadi kalau waktu ini anda berasa kreatif itu belum juga Nampak, mungkin artikel berikut ini boleh membantu.

• Percayalah bahawa setiap orang boleh menjadi kreatif

Anda tak perlu menjadi orang yang unik, apa lagi bijak untuk menjadi kreatif. Sebab, kreatif itu sendiri dapat diekspresikan dalam berbagai pekerjaan dan aspek kehidupan. Ertinya, anda boleh menciptakan perkara-perkara baru atau alternative baru dalam persekitaran pekerjaan sebagai cara untuk memecahkan masalah-masalah yang berkaitan dengan pekerjaan.

• Gunakan imaginasi anda sebebas-bebasnya

Sesungguhnya imaginasi seseorang tidak boleh dibatasi oleh apa-apa pun. Imaginasi boleh membantu anda untuk mengekploitasi fikiran.

• Cubalah untuk menjadi kanak-kanak kembali

Ertinya biarkan intuisi dan rasa hati anda membimbing anda. Beri pendekatan keanak-anakan, sedikit sedikit kebebasan dan buka fikiran. Cara ini boleh membantu otak anda berfikir bebas kerana kerap sekali fikiran dewasa menghalang kerana adanya factor ketidakmungkinan.

• Isi otak anda dengan banyak informasi

Biarkan otak anda segar sejenak dari pekerjaan rutin, tontonlah filem, pergi ke kedai buku, muzium, atau kompleks membeli belah jika memang itu yang anda sukai. Otak dan fikiran manusia memiliki kemampuan menyerap berbagai perkara, dan mungkin perkara-perkara yang menyenangkan tersebut boleh menjadi sumber idea.

• Segera tulis idea anda

Kadangkala, idea bagus itu datangnya pada masa-masa tak terduga. Supaya idea tersebut tidak luput begitu saja, tulis dalam sebuah buku khusus atau agenda harian anda. Menurut sebuah kajian yang pernah dilakukan di Britain menulis itu boleh merangsang idea.

• Jangan segan bertanya

Bertanya tentang apa saja sebab, selalu bertanya merupakan keharusan untuk kita dapat berkembang. Jangan menganggap segala sudah semestinya, sebab senantiasa bertanya tentang apa pun yang anda lihat dan anda lakukan dalam kehidupan ini boleh membuat anda memahami banyak perkara.

• Bila perlu, langgar peraturan dan hilangkan kebiasaan yang lama

Jika kita tidak memperoleh hasil yang baik seperti yang kita inginkan, sama ada dalam hubungan, pekerjaan, mahupun perniagaan, cubalah untuk melakukan perkara yang berbeza. Biasanya menjadi kreatif boleh jadi anda melanggar aturan atau pola-pola lama yang sudah ada, dan mengembangkan cara-cara baru.

Sumber : MW

No comments:

Post a Comment

Followers