Kerja ialah satu yang telah menjadi sebahagian daripada keperluan kehidupan individu. Oleh yang demikian, nilai kerja mempunyai pengaruh yang besar di dalam diri individu tersebut. Maka nilai dan kerja mempunyai hubungan yang rapat dan erat serta bahan dijadikan sebagai petunjuk kea rah kesejahteraan setiap individu.
Nilai kerja merupakan satu gugusan psikologi yang berkait dengan persepsi, sikat dan falsafah seseorang terhadap pekerjaannya. Nilai kerja juga merujuk kepada sikap individu terhadap kerja dan ia berkait rapat dengan makna yang diberikan oleh individu itu sendiri terhadap pekerjaanya.
Nilai yang positif dapat mempengaruhi sikap dan pandangan individu terhadap sesuatu tindakan. Tidak ada nilai kerja yang baik selain daripada yang berpaksikan kepada kebersihan jiwa, akhlak mulia serta keikhlasan di dalam melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Nilai kerja juga berperanan sebagai neraca ukuran bagi seseorang yang berkhidmat di dalam sesebuah organisasi. Ini kerana, nilai yang menjadi pegangan kepada seseorang pekerja itu turut menyumbang kepada prestasi dan kejayaan sesebuah organisasi.
Nilai kerja juga amat berkaitan dengan tingkah laku individu di tempat kerjanya. Nilai individu akan membentuk budaya kerja dan budaya organisasi serta mempunyai hubungan yang besar kepada kejayaan sesbuah organisasi. Ia juga sebagai indicator yang dapat menentukan kepuasan kerja dan prestasi kerja individu dalam sesebuah organisasi.
Prestasi kerja yang cemerlang hasil daripada nilai kerja yang positif. Oleh itu, nilai kerja boleh dijadikan petunjuk untuk menilai sejauh mana penilaian pekerja terhadap kejayaanya dan akhirnya, prestasi kerja yang cemerlang akan dapat dihasilkan.
Sumber : Buletin AKRAM JPA
No comments:
Post a Comment