Monday, 18 January 2010

PENAMPILAN PERTAMA DINILAI MENERUSI TEMU DUGA


Alam persekolahan memang menyeronokkan. Tidak perlu memikirkan karenah bos yang cerewet, peraturan pejabat yang menyekat serta tiadanya persaingan untuk kenaikan gaji tahunan. Apa yang pasti, pelajar bersaing secara sihat untuk memastikan mereka menempatkan diri ke Universiti. Jika rajin dan memperoleh keputusan yang baik, anda akan melangkah ke menara gading dan dijanjikan pekerjaan bergaji lumayan.
Namun apabila melangkah kealam pekerjaan, situasinya sama sekali berbeza. Ini kerana alam pekerjaan menjanjikan pelbagai karenah. Ia akan timbul disebabkan individu,kawan-kawan, bos dan sebagainya. Jika anda tidak bersedia mental mahupun fizikal, anda akan merasa tertekan. Di bawah ini diberikan beberapa tip sebagai persediaan untuk anda yang pertama kali mahu melangkah ke alam pekerjaan. Saat menghadapi temu duga adalah detik penting kerana karisma anda akan dinilai ketika ini.

Berpakaian Kemas

Jangan selekeh, biarpun kerja yang anda minta itu sekadar budak penghantar surat. Ini kerana pandangan pertama penemu duga adalah menilai karisma anda. Mungkin anda menafikannya, dan menggunakan pepatah inggeris “don’t judge a book by it’s cover”. Anda harus ingat, kita tidak boleh menilai hati orang bila pertama kali bersua muka. Jadi pepatah itu tidak boleh dipakai sama sekali. Lainlah anda berkawan rapat dengan si penemu duga, selekeh mana pun pasti akan diambil diambil bekerja. Selain itu tingkah laku yang sopan dan air muka yang mencerminkan kejernihan akan member keyakinan kepada penemu duga untuk menilai siapa diri anda.
Tepati Masa
Pastikan anda tiba tepat di tempat temu duga setengah jam lebih awal dari masa yang ditetapkan. Ini memastikan anda tidak gelabah atau kelam kabut bila berhadapan dengan penemu duga.
Bentuk Temu Duga
Sila pastikan bentuk temu duga apakah yang ingin anda hadiri. Ingat panel bukanlah orang yang boleh anda perbodohkan kerana jika anda menipu, anda sebenarnya cuba memperbodohkan diri anda sendiri.

Resume

Pastikan resume yang dikehendaki tersusun rapi beserta dengan sijil-sijil yang yang telah difotostat dan simpan di dalam folder. Ini melambangkan anda bukanlah seorang yang kelam kabut dan selekeh dalam menjalankan tugas.
Komunikasi
Semasa berkomunikasi, pastikan anda mengeluarkan suara yang jelas dengan apa yang kita katakana. Cuba lahirkan idea sendiri yang bernas, tegas dengan pendirian dan pastikan pengetahuan kita tidak terbatas hanya untuk kerja yang dipohon. Tunjukkan bahawa anda memiliki ilmu dan bukannya bersandarkan kepada keseksian semata-mata.

Gelabah

Paling penting jangan gelabah ketika anda berhadapan dengan penemu duga. Anggaplah seperti anda bakal berhadapan dengan keluarga mentua, takkan anda mahu berkurang ajar atau membuat lawak bodoh dengannya pula. Sah-sah anda tidak akan diterima sebagai menantu. Tapi penemu duga bukanlah bakal bapa mentua anda tetapi anda harus hormatinya kerana dia yang akan memberikan anda duit setiap bulan.
Gagap
Apabila anda menjawab soalan yang diajukan oleh penemu duga, jangan pula anda tergagap-gagap memberikan jawapan. Pandang tepat ke wajahnya dan jangan sesekali tunduk. Jika anda tunduk sepeti malu-malu kucing, penemu duga akan memberi persepsi bahawa anda tidak yakin kepada diri sendiri. Kalau tidak yakin bagaimana mahu melakukan kerja apabila disuruh kelak.

Persediaan Rapi

Untuk persediaan lebih rapi, kaji sedikit tentang latar belakang syarikat yang bakaj anda pergi. Sediakan satu soalan yang berkaitan dengan organisasi dan tempat persekitaran yang sesuai dengan tempat kerja anda. Kebiasaannya, pihak penemu duga akan bertanya, ada apa-apa lagi soalan yang ingin anda kemukakan. Jadi tunjukkan bahawa diri anda memiliki pengetahuan tentang syarikat tersebut atau hal lain berkaitan dengan globalisasi. Barulah anda dilihat memiliki karisma diri serta yakin dengan kerjaya yang anda pohon.

Jika anda boleh menguasai lebih dari satu bahasa, ia bonus untuk anda. Bukan setakat bahasa melayu tetapi jika anda mampu berkomunikasi dalam bahasa inggeris hatta mandarin, ia satu bonus untuk anda.

Doa

Paling penting berdoalah kepada Allah dan bertawakal kerana dengan hanya pertolongannya sahaja, akan peroleh rezeki. Insya-Allah.

Sumber : MW

1 comment:

  1. wowww... bermotivasi lak za baca awk nyer blog nihh...
    hehee

    ReplyDelete

Followers