Monday, 4 January 2010

Resepi Kek Usaha Kejayaan

Bahan-bahannya;
250 gm Daya Usaha
100 gm Kesabaran
100 gm Keimanan
190 gm Keinsafan
150 Pengorbanan
150 gm Campuran akhlak mulia
(boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna)
8 sudu teh rasa tanggungjawab
200 gm senyuman secukup rasa

Cara-cara membuatnya;
Pukul semangat hingga kembang dan kental.
Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati
Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit.
Biarkan adunan menjadi lembut.
Setelah itu campurkan keimanan, rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia.
Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba.
Masukkan adunan tersebut ke dalammangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur.
Hiasilah dengan senyuman yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar untuk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang Berjaya melaksanakan dengan baik.

Sumber : Buletin AKRAM JPA

No comments:

Post a Comment

Followers