Monday, 4 January 2010

Percaya kepada diri sendiri

Ada dikalangan kita yang mampu untuk menyelesaikan pekerjaan atau urusan dengan sendiri, tidak diserahkan kerja kepada orang lain. Ada pula yang hanya memeriksa sahaja kerana memberi kepada kepercayaan kepada orang lain.

Dapat dijelaskan bahawa bentuk kelakuan manusia itu dikategorikan kepada dua bahagian. Pertama orang yang percaya sepenuhnya kepada kepercayaan dirinya sendiri dan kedua yang hanya percaya kepada dirinya sendiri.

Di sini, bukan bermaksud kita tidak boleh menyerahkan pekerjaan kepada orang lain atau bersikap tidak percaya kepada orang lain, tetapi apa yang ingin digariskan ialah pada perkara yang sepatutnya kita lakukanny sendiri dan menjadikan kepercayaan kepada diri sendiri sebagai motivasi yang paling berguna.

Jadi yang dinamakan percaya kepada kekuatan diri sendiri ialah mengerjakan beban kerja yang telah dipertanggungjawabkan dengan bahu sendiri dengan tidak mengharabkan pertolongan orang lain.

Di atas dasar percaya kepada kekuatan diri sendiri itulah para rasul telah bekerja menegakkan agama yang benar di atas muka ala mini, sehinggakan ajaran mereka terdengar di setiap tempat dan masa.
Percaya kepada kekuatan diri sendiri itulah yang menyebabkan Abu Bakar r.a tidak gentar sekalipun menghadapi kesukaran dan huru hara yang terjadi setelah kewafatan Rasullullah s.a.w.

Percaya kepada diri sendiri itulah yang memberanikan hati Umar Ibnu Khattab mengatur bala tentera untuk menakluki kerajaan Parsi dan Rom yang sepuluh kali ganda lebih hebat.
Orang Islam adalah kaum yang sepatutnya percaya kepada diri sendiri. Sebab kekuatan yang ada pada dirinya itu bergantung kepada kekuatan yang ada dalam ala mini, iaitu kekuatan Allah yang Maha Esa. Barang siapa yang percaya Tuhannya, tidaklah dia merasi takut dan gentar berenang di dalam hayat ini.

Mudahan kita tergolong di antara mereka yang percaya kepada kekuatan diri sendiri dan bukan mereka yang memperkecilkan sesuatu perkara. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud “Allah tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kemampuannya yang ada pada dirinya”. Kenalilah potensi diri yang ada pada kita agar ianya menjadi motivasi yang paling berkesan buat kita melayari ranjau kehidupan ini.

No comments:

Post a Comment

Followers