Anda berada dalam keadaan tertekan, bukan sahaja kerana kerja yang banyak malah sesetengah teman sepejabat yang selalu membuatkan anda naik darah. Jadi, apakah langkah yang perlu anda lakukan untuk meredakannya tanpa mempengaruhi kerjaya anda? Pelajari cara mengawal reaksi yang membuat anda marah lebih mudah diatasi. Tip ini boleh anda aplikasikan ketika di pejabat.
Beristirehat
Sekiranya anda berasa di dalam situasi yanag boleh menyebabkan emosi anda berkecamuk, apa yang perlu anda lakukan adalah rehatkan minda dan tubuh seketika. Tenangkan diri, tinggalkan situasi itu, keluar dari pejabat mengambil udara segar, berjalan atau menemui rakan di bahagian lain. Kesempatan ini adalah waktu bagi anda untuk meredakan emosi. Anda akan berasa lebih baik dan dapat mengatasi perkara yang membuatkan anda marah.
Tumpukan Perhatian
Berikan tumpuan anda dari aktiviti yang membuatkan emosi anda semakin tertekan kepada sesuatu aktiviti yang lebih positif.
Jangan biarkan kemarahan
Apabila anda marah atau mengamuk sekalipun, ia bukan sahaja menunjukkan kelemahan mengawal diri, tetapi juga menunjukkan ketidakmatangan anda dalam mengawal emosi, jangan biarkan kemarahan terjadi. Langkahnya, cubalah menarik nafas dalam-dalam kerana ia akan membuatkan anda berasa segar dan santai.
Jangan menggunakan kekerasan
Mendorong atau menggunakan kekerasan fizikal seperti menumbuk, menyepak dan menampar bukan suatu penyelesaian yang baik. Malah ini akan menjadi semakin besar. Sekiranya terjadi, ia bukan sahaja akan merosakkan reputasi anda, malah boleh jadi pekerjaan anda juga akan melayang.
Hormati orang lain
Ini merupakan pepatah bijak yang anda boleh praktikkan untuk menghindari emosi kemarahan anda terhadap orang lain. Dengan menghormati orang lain, seperti juga anda menghormati diri sendiri. Apabila anda melakukan cara ini kepada orang lain, anda pun akan mendapat hal yang sama.
Sumber : Majalah Maskulin
No comments:
Post a Comment