Tuesday 1 March 2011

Kisah Umar Menemu Duga

Suatu hari, seorang lelaki bertemu Khalifah Umar untuk memohon pekerjaan. Tetapi beliau menyuruhnya datang pada hari lain dengan membawa seseorang yang mengenalinya. Tidak lama selepas itu, dia pun datang bersama seorang rakan. anehnya Khalifah Umar tidak bertanya kepadanya, tetapi menyoal rakan lelaki itu. "kenalkah kamu lelaki ini?" Lelaki itu menjawab ya."

Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui keadaanya yang sebenarnya?" tanya khalifah lagi. Lelaki itu menjawab tidak. "Pernahkah kamu menemaninya dalam perjalanan dan melihat perangai serta akhlaknya?" Soalnya lanjut, tetapi masih dijawab tidak oleh lelaki itu. "Pernahkan kamu berurusan kewangan dengannya sehingga kamu tahu bahawa dia sangat takut memakan wang haram?" Khalifah terus bertanya. Lelaki itu tetap menjawab tidak. Beliau bertanya soalan terakhir, "

Adakah kamu hanya mengenalinya ketika mengerjakan solat di masjid?" Akhirnya lelaki itu menjawab ya. Selepas mendengar jawapan lelaki itu, Umar pun berkata, "Pulanglah. Kamu sebenarnya tidak kenal dia." Kemudian beliau menyuruh lelaki yang pertama datang membawa individu yang benar-benar dikenalinya.

sumber : iluvislam

No comments:

Post a Comment

Followers